Selamat datang ke segmen Dr. Moto dalam tabloid permotoran rasmi 1Motor.com.my, Welcome to Dr. Moto segment in the official Motoring tabloid, 1Motor.com.my.
drmoto.com.my
Biar Pro Yang Race Lah!!!
Home
 
Segmen Dr. Moto dalam Akhbar Permotoran 1Motor.com
 
Bayangkan pula anda berada di senario lain, iaitu bersama beberapa penunggang di satu perjumpaan peminat moto dan anda tanya soalan yang sama, “Moto yang mana yang baik sekali?” Jawapan yang anda akan terima mungkin begini, “Oh anda harus tahu apa kegunaan anda dan apa hendak anda lakukan dengan motosikal tersebut… Berapa bajet, berapa lama anda sudah menunggang” dan banyak lagi soalan dari jawapan. Begitu lah dunia. Anda sendiri harus membuat penyelidikan tentang kemahuan anda dan apa yang akan memenuhi keperluan tersebut.
 
 
 
 
 
 
Sebagai seorang penunggang, saya gamam apabila pertama kali ditanya kenapa saya menunggang. Pada saya motosikal sudah lama dicipta malah dicipta lebih awal dari kereta dan saya beranggapan bahawa orang ramai tahu kenapa seseorang itu menunggang motosikal. Tetapi rupanya ramai tidak tahu kenapa begitu ramai yang memilih untuk menunggang dari memandu kereta dalam mengerjakan tugasan harian. Pada saya motosikal bukan sahaja satu jenis pengangkutan tetapi lebih dari itu. Ia adalah gaya hidup dan ia juga elemen penukar cara hidup kita.