drmoto.com.my
 
 
 
 
 
Bersama Anda dalam semangat 1Malaysia
 With You in the spirit of 1Malaysia

Di bawah naungan
Under the patronage of
  Aktiviti-Aktiviti Jadual/Kalendar Aktiviti  
 
  KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA -       AMBIL PERHATIAN!             Sedikit tip-tip keselamatan:-                Rancang perjalanan anda.           Pastikan niat anda betul.           Kenderaan anda dalam keadaan baik.            Mulakan perjalanan masa waktu anda paling cergas.           Pastikan pakaian lengkap.            Tonjolkan diri anda dengan warna terang.            Awasi jarak anda di atas jalan raya.           Bertanggung jawab di jalan raya.            Pandulah dengan cermat.                                                      TO ALL ROAD USERS -  TAKE NOTE!            A little tip on safety:-           Plan your  journey and           focus on your intentions.            Ensure your vehicle is in good order.            Start your journey when you are fresh.            Ensure full gears.           Wear bright colors to show your existence.            Ensure adequate gap when following or when being followed.             Be responsible on the road.             Drive with safety in mind.

Dr-Moto      Artikel
Cetak halaman ini

Isi Nitrogen Dalam Tayar Anda?

KONTROVERSI – GUNA NITROGEN DALAM TAYAR?

Dunia permotoran banyak berubah sejak motosikal pertama menghiasi jalan jalan di dunia ini. Dulu asalnya tayar mati, kemudian tayar pneumatik dan kini tayar diisi nitrogen. Di negara kita pun sudah banyak kedai tayar (untuk kereta)yang menyediakan gas Nitrogen untuk diisi dalam tayar.
 
Adakah nitrogen dapat membantu tayar anda?
Untuk prestasi?
Untuk Tahan Lama?
Ataupun ia gimik semata mata?
 
Mengisi tayar kereta dengan nitrogen dan bukan dengan angin telah berada di negara kita sejak 4 atau 5 tahun kebelakangan ini. Tayar di isi dengan nitrogen di kedai kedai tayar dan anda kena membayar untuk isian ini. Sejak masa itu hingga kini ia menjadi kontroversi dikalangan sesetengah pemandu. Belum pun diterima ramai, fenomena ini kini telah menyular ke dunia motosikal di beberapa negara barat. Apa kelebihan menggunakan nitrogen dari angin yang biasa yang boleh diisi di stesyen-stesyen minyak dengan percuma?
 
Kenapa mesti isi tayar dengan 100% nitrogen walhal angin yang diisi di stesyen minyak yang percuma itu adalah 78% nitrogen. Ya, udara yang kita sedut setiap saat itu mengandungi 78% Nitrogen, 12% Oksigen dan1% Gas Lengai.

Mari kita lihat sejarah dan latar belakang fenomena ini. Nitrogen digunakan dibanyak bidang misalnya pada kereta lumba, dalam tayar kapal terbang dan juga digunakan oleh tentera. Mereka ini ada alasan tersendiri untuk menggunakan nitrogen. Pada kereta dan motosikal lumba, nitrogen digunakan kerana molekul nitrogen yang lebih besar dari udara akan menggurangkan kemungkinan ia bocor dari tayar (agak susah sikit berbanding udara). Sikit sahaja! Berapa % tiada kajian yang dibuat.

Itu untuk perlumbaan, dimana segala kemungkinan harus ditangani. Tapi untuk kegunaan harian kita macam mana?  Pada saya, tiada manfaatnya. Kita telah menggunakan angin biasa untuk sekian lama dan tiada kesan buruk yang dihadapi.

Satu lagi kelebihan nitrogen adalah tayar tidak mudah menjadi teroksida jadi tayar boleh tahan lama. Soalannya, berapa lama kita pakai tayar sehinggakan boleh teroksida?  Proses oksida atas tayar memakan masa yang lama. Ia tidak mungkin berlaku dalam setahun dua ( jangka hayat kegunaan tayar anda). Kemungkinan jika berlaku ia kemungkinan berlaku semasa simpanan bertahun-tahun di atas rak-rak kedai.

Kelebihan nitrogen selainnya adalah ia 100% nitrogen.  Ini bermakna tiada bahan-bahan lain terutamanya air. Di Malaysia air memang semula jadinya ada dalam udara. Jadi bila pam udara ke dalam tayar, air juga akan masuk. Air yang berkocak dalam tayar dikatakan boleh membuat pemanduan yang tidak stabil. Soalanya, berapa banyak air ada dalam tayar anda sehingga boleh menganggu pemanduan?

Saya berharap fenomena ini tidak melarat. Jika satu hari stesyen minyak nak buat lebih untung mereka akan mula caj untuk pam tayar. Jika dicaj untuk angin mungkin orang ramai akan protes tapi jika dijual nitrogen bagaimana? Mula mula mungkin ada dua pam. Angin biasa dan angin premium atau super (nitrogen).Sedikit demi sedikit mereka akan buang yang free dan mengenakan harga atas kegunaan yang super. Kita harus jangan menggalakkan ini. Bak kata Nabil ‘lu fikir lah sendiri’

Pada saya baik jangan digalakan. Pengguna harus jangan guna nitrogen dan biar saja fenomena ini mati sendiri kerana tak laku. Kerana jika ia menjadi ikutan kita akan merana kemudian hari.

Apa pandangan anda?



Web Stats
As at 31-Dec-2011 23:59
Hits:  4,803,509

Seminar LK Mamat & Dr-Moto 
Nov-2011>Feb-2012


 
 
KALENDAR SEMINAR

 

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!
 
JUMPA ANDA DI SANA!!! 
 
_____________________

 Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera...


 
 

KALENDAR MotoGp
MotoGP CALENDAR
 

Akhbar Permotoran Rasmi
Official Motoring Paper
 

   
Pengumuman /
Announcement




 Dr-Moto

paparkan artikel istimewa
dan maklumat berguna

  untuk
penunggang/pemilik/
persatuan motosikal
khususnya,
untuk pengguna
kenderaan bermotor
amnya;

 

Terima kasih kepada

ANDA

kerana melayari laman ini.



Dr-Moto

features
interesting articles

and
valuable information

 for all  motorcycle riders/
owners/motorcycle clubs,

&

for all
motor vehicle users
in general...

 

Thank you

 for visiting
this site.

 

 


 

 
 
 
H/p:  016 665 8552
 
 
 
 



 
 
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.