Tanpa minyak, baik bahan api ataupun pelincir, moto anda tidak akan bergerak. Apakah minyak / pelincir yang begitu penting untuk enjin moto anda termasuk hampir semua enjin-enjin lain?. Pelincir membuat perjalanan enjin licin tanpa gangguan. Jika guna minyak pelincir yang salah, anda tanggunglah akibatnya.
Dalam episod ini, Dr.Moto dengan tetamu khasnya akan meneliti fungsi minyak pelincir.
Jangan lupa tonton Dr.Moto!
Tip & Nasihat:
Apabila membeli minyak pelincir cuba lihat catatan pada pembungkusan dan pastikan ia sesuai untuk moto anda. Fahamilah nombor-nombor yang tercatat pada pembungkusan itu. Minyak pelincir untuk kereta tidak sesuai untuk moto kecuali jika kekotak gear moto anda berasingan dari enjin. Untuk kebanyakan kita, kotak gear sama dalam enjin (enjin 4-lejang). Dalam enjin 2-lejang, walaupun gear bersama dalam enjin, ia sebenarnya diasingkan dalam kompartment lain.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi