Penunggang tidak terkecuali dari mengangkut barang. Kadang-kadang pulang dari pasar diikat sayur dan ayam di handel kiri dan handel kanan pula dengan Roti John, Laksa dan sebagainya. Semua ini akan membuat tunggangan anda tidak stabil. Yang ada bakul, boleh simpan separuh dalam bakul. Tapi bagaimana dengan 'handbag'/tas tangan bagi wanita? Tak jatuh tapi boleh disasar peragut pula.
Cara paling selamat mengatasi ini ialah dengan memasang kotak. Banyak boleh diisi dan yang paling bagus ia boleh dikunci. Peragut pun tidak tahu kita ada beg tangan didalam.
Tip & Nasihat:
Untuk tunggangan yang selamat barang yang diangkut tidak harus berhayun kiri dan kanan dan memberi tekanan yang tidak seimbang pada handel. Paling bagus barang harus disimpan dan pastikan tidak bergoyang. Dalam Kotak GIVI yang biasa, anda boleh menyimpan topi keledar, jaket, baju hujan, tas tangan dan masih ada ruang untuk benda-benda lain.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi