Brek adalah bahagian moto yang penting tetapi selalu diabaikan oleh penunggang. Perhatian selalu diberi kepada enjin supaya prestasi meningkat tetapi bagaimana dengan brek? Enjin anda sudah diselengarakan, prestasi meningkat tapi mampukah brek anda melayan prestasi enjin ini?
Dr. Moto akan membongkar faktor kenapa brek sungguh mustahak.
Tip & Nasihat:
Jaga brek anda agar sentiasa dalam prestasi optima. Bagaimana hendak menikmati penunggangan jika moto anda tidak boleh berhenti sebagaimana yang dikehendaki.
Bila moto bergerak jangan letak tangan atau kaki atas tuas brek. Ini akan membuat pad atau kasut brek bergesel dengan ceper atau gelendong. Ini akan hanya membuat brek anda panas dan mungkin prestasi menurun.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi