Keselamatam Jalan Raya adalah agenda utama Dr.Moto. Menunggang motosikal sungguh menyeronokan dan kita semua hendak menunggang selama yang di izinkan. Untuk mencapai matlamat ini kita mesti berusaha meningkatkan sikap kita terhadap keselamatan apabila menunggang. Pada yang sudah sedar, pengaruhkan rakan supaya sedar.
Dalam siri ini kita menyingkap semua episod-episod yang lepas yang boleh membantu kita menjadi penunggang yang berhemah.
Tip & Nasihat:
Beribu buku telah ditulis tentang keselamatan jalan raya dan jika hendak diceritakan di siri Dr.Moto rasanya tidak akan dapat selesai. Secara ringkasnya, 4 perkara yang dapat menentukan keselamatan anda:-
Tumpuan
Kelengkapan
Sikap
Judgement
Tumpuan - Apabila menunggang tumpuan harus diberi kepada penunggangan anda. Jalan sekali melayan angan-angan di atas jalan dan jangan melayan emosi anda.
Kelengkapan - Apa yang kita pakai harus memenuhi kriteria pencegahan. Pencegahan supaya tidak belaku kecelakaan, misalnya memakai baju yang terang dan juga pencegahan dari kecederaan misalnya dengan memakai pakaian yang boleh memberikan kita perlindungan seperti pakaian kulit.
Sikap - Sikap semasa menunggang menentukan keselamatan anda. Sikap buruk tidak akan membawa anda jauh. Kelajuan ada tempatnya dan jika hendak menunjuk-nunjuk masuk saja sarkas, senang orang menonton anda. Ingat, kalau hendak berlumba kita ada Sepang, Pasir Gudang.
Biar PRO Yang Race Lah!
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi