Ekzos boleh memberi anda pelbagai cerita tentang kesihatan enjin anda. Bahan keluar dari ekzos memberi isyarat tentang apa yang berlaku dalam enjin. Bukan itu saja, bunyi yang dikeluarkan ekzos juga adalah isyarat yang enjin anda hendak beritahu. Semua ini terpulang pada anda, jika anda memilih untuk mengabaikan isyarat ini, anda sendiri akan menanggung kerugian nanti.
Bagi mereka yang tidak tahu, ikuti episod ini dengan Dr.Moto.
Tip & Nasihat:
Jika moto anda mengeluarkan asap hitam misalnya, antara satu ini mungkin berlaku, iaitu karbureter tidak diselenggarakan dengan betul, atau gelang omboh haus atau patah. Jika ia meletup-letup, cuba teliti pancarongga pengambilan dan pancarongga ekzos.
Ikuti siri Dr. Moto untuk banyak lagi nasihat dan tip-tip.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi