Pandangan kolot bahawa lampu hanya untuk menyuluh adalah salah. Lampu mempunyai pelbagai fungsi. Selain menyuluh lampu juga bertindak sebagai isyarat akan kehadiran anda dan ianya juga boleh digunakan untuk menghantar isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain. Warna lampu juga memainkan peranan tersendiri.
Tip & Nasihat:
Pastikan condongan lampu besar anda betul kalau tidak ianya akan membuat pengguna jalan raya dari arah bertentangan anda marah. Pastikan lampu sentiasa bersih. Cermin lampu yang kotor boleh menurunkan prestasinya.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi