Penyalaan dari palam pencucuh diibaratkan sebagai nadi untuk motosikal. Tanpa penyalaan dari palam pada detik yang tertentu moto anda tidak akan hidup. Tendanglah beribu kali.
Dr.Moto mengupas fungsi palam pencucuh dan apa yang membuat palam tidak berfungsi. Palam pencucuh perlu ketelitian anda. Dapatkan nasihat dari Dr.Moto dan pakar yang dijemput khas.
Tip & Nasihat:
Satu dari perkakas yang dibekal bersama moto anda ialah sepana palam pencucuh. Begitu penting sehingga pengeluar pun memberi alat khas ini. Kenapa?
Jika kita keluarkan palam-pencucuh dari enjin dan teliti rupa palam tersebut kita boleh tahu keadaan enjin kita. Palam yang berpenyalaan tepat adalah berwarna kekelabuan.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi