Kita manusia dan sentiasa lupa, jadi untuk mengingatkan kita senarai semak adalah paling memberi manfaat. Senaraikan perkara-perkara yang harus diperiksa sebelum keluar rumah. Mungkin senarai tu dibahagikan kepada rumah, kenderaan, kerja. Bahagian rumah mungkin disenaraikan, api dapur sudah tutup atau belum? dan untuk ofis kerja-kerja yang harus dibawa ke pejabat. Kita tumpu pada kenderaan tetapi kadang-kadang senarai rumah jika tidak ada akan mengganggu tumpuan kita di atas jalan. Senarai semak kenderaan membuat kita mengenali moto kita. Tayar baik keadaannya dan sebagainya.
Dr.Moto memberi penerangan kenapa semua mesti ada senarai semak.
Tip & Nasihat:
Mula mula agak susah hendak dilakukan tetapi lama kelamaan ia menjadi satu tabiat yang baik. Menyemak moto boleh dilakukan dalam masa kurang 5 minit.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi