Bayangkan jika sistem ampaian anda sudah tidak berfungsi. Ia seakan anda membawa moto anda pada tahun sebelum perang dunia ke-2. Ketika itu sistem ampaian belum dipakai pada motosikal. Dengan penyerap hentakan depan dan belakang moto anda bagai atas angin. Sungguh licin perjalanan anda.
Pakar sistem ampaian dari KYB akan berkongsi kepakaran mereka bersama anda.
Tip & Nasihat:
Dalam perlumbaan MOTO GP setiap pasukan ada sekurang-kurangnya 2 jurutera khusus untuk sistem ampaian dan ini tidak termasuk jurutera dari pembekal sistem tersebut. Betapa pentingnya sistem ini dalam pengedalian motosikal.
Dr. Moto menasihat anda semua, jangan pandai-pandai mengubah suai penyerap hentakan moto anda!
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi