Antara jalan raya yang kasar itu dan moto anda, adalah tayar. Tayar adalah penghubung antara anda dan jalan raya. Ringkasnya jika tayar gagal, anda tersungkur dan bertemu jalanraya. Itulah mustahaknya tayar.
Tayar ada pelbagai jenis dan jenama dan pilihan anda harus kepada jenama yang disukai ramai dalam perlumbaan atau jalan raya. Dr.Moto dengan tetamunya dari Daytona Sports Trading, pengedar tayar MAXXIS di Malaysia akan membincangkan bagaimana nak memilih tayar.
Ikutilah episod Tayar di Dr.Moto di kaca TV anda.
Tip & Nasihat:
Tayar yang anda guna mesti ada bunga. Jika bunga berkurangan harus tukar tayar. Bunga jika kurang dari 2mm tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna dan jika bertembung dengan air anda akan mengalami aqua planning. Macam terpijak minyak!
'Lady Bikers'-
Pandangan
wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin
berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah
sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker
wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya
sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang
terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan
yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda.
Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di
Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus
pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan
anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13
selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan
kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di
Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa.
Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di
Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi