Kebanyakan motosikal masih mengunakan sistem rantai dan gegancu untuk membawa tenaga yang dikeluarkan enjin ke roda. Serendah-rendah kuasa yang di hantar keroda belakang pun mungkin 5 kuasa kuda dan setinggi-tingginya mungkin melebihi 150 kuasa kuda. Bayangkan semua ini dibawa oleh rantai yang mungkin mengandungi 500 bahagian-bahagian kecil.
Satu penyambung (link) rantai mempunyai sekurang-kurangnya 7 bahagian dan satu rantai motosikal kecil mengandungi sekurang-kurangnya 50 penyambung.
Dr.Moto menjembut 2 pakar dari syarikat pembuat rantai untuk memberi penerangan perihal rantai.
Tip & Nasihat:
Untuk memastikan jangka hayat yang lama bagi rantai dan gegancu anda pastikan ianya sentiasa bersih dari pasir, tanah, debu dan sebagainya. Tetapi jangan bersihkan sampai kilat. Selepas membersihkan rantai dari musuh-musuhnya rantai perlu diberi pelinciran semula.
'Lady Bikers'-
Pandangan wanita-wanita terhadap penunggangan motosikal. Matlamat mungkin berbeza tetapi bagaimanakah cara penunggangannya? Anda dengarlah sendiri. Kesemuanya dari wanita-wanita; polis wanita, Super Biker wanita, penunggang harian wanita, masing-masing memberi ceritanya sendiri; menjadi seorang penunggang wanita, dan masalah-masalah yang terpaksa mereka lalui.
Dr.Moto di Moto GP-
Memaparkan yang istimewa dalam kehidupan di Moto GP, dari Team LCR Honda. Bagaimana penunggangan harian boleh dikaitkan kepada penunggangan di Moto GP, dan lebih penting, bagaimana pengalaman-pengalaman pengurus pasukan Lucio Cecchinello boleh membantu anda mematangkan penunggangan anda di atas jalan raya dan di atas trek, kedua-duanya sekali!
‘Hot Laps’ –
13 selebriti, meletakkan kemahiran menunggang mereka untuk diuji dengan kombinasi halangan-halangan dan simulasi perlumbaan. Di adakan di Sepang International Circuit, kesemuanya di bawah pengawasan masa. Siapa yang menang? Artis mana yang berani menunggang motosikal di Hotlap? Siapa artis yang terlampau itu???… Saksikanlah!
Akan diadakan satu pertandingan mingguan, dimana terdapat peluang untuk memenangi