drmoto.com.my
 
 
 
 
 
Bersama Anda dalam semangat 1Malaysia
 With You in the spirit of 1Malaysia

Di bawah naungan
Under the patronage of
  Aktiviti-Aktiviti Jadual/Kalendar Aktiviti  
 
  KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA -       AMBIL PERHATIAN!             Sedikit tip-tip keselamatan:-                Rancang perjalanan anda.           Pastikan niat anda betul.           Kenderaan anda dalam keadaan baik.            Mulakan perjalanan masa waktu anda paling cergas.           Pastikan pakaian lengkap.            Tonjolkan diri anda dengan warna terang.            Awasi jarak anda di atas jalan raya.           Bertanggung jawab di jalan raya.            Pandulah dengan cermat.                                                      TO ALL ROAD USERS -  TAKE NOTE!            A little tip on safety:-           Plan your  journey and           focus on your intentions.            Ensure your vehicle is in good order.            Start your journey when you are fresh.            Ensure full gears.           Wear bright colors to show your existence.            Ensure adequate gap when following or when being followed.             Be responsible on the road.             Drive with safety in mind.

Dr-Moto      Intro 2
Cetak halaman ini
Translation: English
                                                                            Dari Dunia Motosikal                                                                        

PENUNGGANG MOTOSIKAL DAN SETIAKAWAN 1 MALAYSIA



Pertama kali saya membawa isteri saya naik motosikal adalah belasan tahun dahulu. Sebelum ini isteri saya tidah pernah menaiki atau menunggang motosikal baik secara bersendirian atau membonceng. Saya tidak ada apa apa hendak dibuat pada hari Ahad tersebut dan saya teringin hendak menunggang melalui jalan naik ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baru dan kemudiannya turun ke Tras dan Bentong dan kembali ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Karak. Selepas melalui Kuala Kubu jalan mula menaik dan tidak lama kemudian kelihatan lampu motosikal dari arah bertentangan. Sebaik menghampiri saya melambai tangan saya kepada penunggang tersebut dan dia pula membalas lambaian saya. Tidak beberapa minit kemudian ramai lagi penunggang datang dari arah bertentangan dan mereka semua melambai kepada kami dan saya membalas lambaian mereka. Apabila tiba di Gap kelihatan sepuluh hingga lima belas motosikal di tepi gerai kopi dan kami pun berhenti untuk mendapatkan secawan kopi. Ada beberapa penunggang di luar dan juga di meja dalam. Kami disambut dengan ‘Hai’, ‘Hello’ dan juga salaman. Di dalam gerai saya menegur mereka dan bersama satu meja yang ada kekosongan kerusi.  Saya bersembang dengan mereka seperti biasa dan kelihatan isteri saya juga berbual-bual dengan mereka yang dekat dengannya. Kumpulan ini rupanya dari Pulau Pinang dan hendak bermalam di Bukit Fraser. Hampir 15 minit kemudian mereka bersiap sedia untuk beredar kerana pintu naik bukit akan dibuka tidak lama lagi. (Ketika itu hanya satu lorong untuk naik dan turun dan kenderaan bergilir-gilir naik turun kerana jalan sempit).  Sebaik mereka beredar kami pun meneruskan perjalanan menurun ke arah Tras, Bentong dan Kuala Lumpur.  Kami sampai kembali di rumah pada waktu tengah hari dan selepas membersihkan diri saya berehat seketika di sofa. Isteri tiba duduk di sebelah dan bertanya,

‘ Saya tak tahu yang abang ni banyak kawan?’

‘ Ye lah, mereka tadi tu dari Penang’ saya jawab.

‘Yang 7 atau 8 moto yang turun masa kita baru nak naik bukit tadi dari mana?’ dan belum sempat nak jawab dia bertanya lagi.

‘Macam mana abang boleh cam mereka apabila topi keledar dipakai, dan jauh pula tu?’

‘Oh abang tak kenal mereka tu’ saya jawab.

‘Tak kenal?... tadi yang melambai-lambai tu siapa?’  ia ingin mengetahui.

‘Tak kenal! Yang di gerai kopi di Gap tadi pun abang tak kenal sebelum tu !’ ‘Itu persaudaraan antara peminat-peminat moto’  aku jawab.

‘Persaudaraan?’ isteriku kelihatan keliru.

‘Ya, peminat motosikal ni semuanya saudara,  tidak kira dari mana asal kita dan kedudukan kita.’ Saya cuba menjelaskan.

‘Oh ye? Dan I pula bukan main rancak bersembang dengan mereka di gerai kopi di Gap tadi kerana ingatkan member-member abang!’,  jawabnya.

Itulah uniknya peminat dan penunggang motosikal;  dimana saja mereka berada baik di England, Eropah, Amerika, Afrika atau Malaysia seorang penunggang akan menganggap seorang penunggang yang lain sebagai saudara. Itulah pertalian antara penunggang- penunggang motosikal walaupun mereka tidak kenal antara satu dan lain. Warna kulit dan berlainan bahasa tidak menjadi masalah. Saya tidak tahu jika sukan and kumpulan-kumpulan lain yang ada ciri-ciri ini.

Penunggang motosikal seperti satu keluarga besar.  Semangat 1Malaysia wujud bersama setiap penunggang motosikal.  Itulah sebab dari dulu hingga sekarang kelab-kelab motosikal tidak pernah ditubuh atas dasar bangsa, kerjaya atau kedudukan.
 
 

Web Stats
As at 31-Dec-2011 23:59
Hits:  4,803,509

Seminar LK Mamat & Dr-Moto 
Nov-2011>Feb-2012


 
 
KALENDAR SEMINAR

 

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!
 
JUMPA ANDA DI SANA!!! 
 
_____________________

 Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera...


 
 

KALENDAR MotoGp
MotoGP CALENDAR
 

Akhbar Permotoran Rasmi
Official Motoring Paper
 

   
Pengumuman /
Announcement




 Dr-Moto

paparkan artikel istimewa
dan maklumat berguna

  untuk
penunggang/pemilik/
persatuan motosikal
khususnya,
untuk pengguna
kenderaan bermotor
amnya;

 

Terima kasih kepada

ANDA

kerana melayari laman ini.



Dr-Moto

features
interesting articles

and
valuable information

 for all  motorcycle riders/
owners/motorcycle clubs,

&

for all
motor vehicle users
in general...

 

Thank you

 for visiting
this site.

 

 


 

 
 
 
H/p:  016 665 8552
 
 
 
 



 
 
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.