Logo
drmoto.com.my
Di bawah naungan
Under the patronage of

Bersama Anda dalam semangat 1Malaysia
 With You in the spirit of 1Malaysia
 
Dr-Moto      Keselamatan di Jalanraya

Keselamatan di Jalanraya


Ops Sikap XX

Ops Sikap 20 baharu saja menutup tirai selepas kempen Balik Raya baru baru ini dengan berita baik dan juga buruk.

Kita mula berita baik. Pihak pihak yang terlibat dalam Ops Sikap 20 ini seperti JPJ dan AADK (Anti Dadah Kebangsaan) patut diberi kalungan bunga kerana telah berjaya mencapai kemalangan maut penumpang bas kepada sifar. Ini bukan kebetulan tetapi dibuat secara professional iaitu mengenal punca kemalangan dan mencantaskan kemungkinan berlakunya kemalangan dipangkalnya. Saya berpeluang melihat bagaimana pemandu pemandu bas yang keluar dari stesyen Medan Gopeng diperiksa dan diuji oleh JPJ dan AADK. Jika bersih baru dilepas untuk meneruskan perjalanan. Ini sungguh berkesan kerana kita boleh lihat sendiri statistik kemalangan. Sekali lagi tahniah kepada mereka ini.

Berita yang agak menyedihkan adalah kematian penunggang penunggang motosikal kita.  Laporan media yang selalu mengutamakan kematian penunggang telah memberi tanggapan yang salah terhadap penunggang motosikal. Perlu diberitahu bahawa penunggang tidak mencari maut dengan sengaja. Dalam kebanyakan kes, penunggang motosikal adalah mangsa sikap pemandu kenderaan yang lain.  Mereka menemu ajal bila dilanggar dari belakang ataupun dipintas perjalan oleh pemandu yang tidak memberi isyarat apabila membelok.  Jika dilihat statistik, kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, jalan negeri dan juga jalan bandaran. Dari sini boleh diandaikan yang maut itu adalah penunggang penunggang setempat.

Kenapa agaknya? 
 
Mudah saja.  Kemalangan berlaku apabila ada dua kumpulan yang berlainan tujuan bertembung.
  1. Satu kumpulan adalah pemandu pemandu yang menggunakan jalan jalan yang disebut di atas untuk balik kampong. Mereka guna jalan jalan ini mungkin kerana tiada lebuh raya atau tidak mampu guna lebuhraya dan sebagainya.
  2. Satu lagi kumpulan adalah penduduk tempatan disepanjang jalan jalan tersebut.
Mereka menggunakan jalan jalan ini setiap hari bertahun tahun dan sudah sebati dengan cara membawa kenderaan perlahan dan mungkin juga sedikit lalai terhadap keselamatan seperti tidak memakai topi keledar, tiada jeket atau sarung tangan dan mungkin juga hanya berseluar pendek dan selipar Jepun sahaja. Bila bertembung , yang menjadi mangsa adalah mereka ini dan kebanyakan mereka adalah penunggang moto.
 
Perlu diketahui bahawa;
  1. Pemandu dari ibukota yang nak balik kampong hanya hendak sampai ke destinasi mereka dengan secepat mungkin. Mereka ini bukan hendak makan angin dan melihat permandangan di kampung dan bandar orang lain.

  2. Penduduk di sepanjang jalan hanya melakukan aktiviti harian mereka. Mereka sedar akan kehadiran lebih banyak kenderaan di jalanraya yang melalui tempat mereka. Kerana tidak biasa mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Apabila bertembung pasti yang menjadi mangsa adalah mereka yang lebih kecil seperti penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki.

Untuk menurunkan jumlah mangsa mangsa ini , perkara berikut perlu diberi perhatian.

  1. Jalan pintas yang tidak melalui penempatan harus dibina segera.
  2. Bonggol dibina sebaik memasukki kawasan penempatan ramai.
  3. Kempen keselamatan jalan raya harus ditumpu di bandar bandar kecil.
  4. Kod pakaian minima untuk penunggang dan pembonceng. Mesti ada sekurang kurangnya jeket, sarung tangan dan but pendek. Selipar dan seluar pendek harus diharamkan.
  5. Perketatkan undang undang pemasangan lampu pada siang hari.
  6. Mestikan basikal dilengkap dengan lampu belakang.
  7. Perketatkan undang undang perihal lampu kenderaan. Lampu putih kekuningan menghadap depan, lampu merah menghadap belakang dan yang berkelip warna oren. Lampu HID, lampu hijau, biru, merah (sebagai lampu isyarat) jangan diberi tempat di jalan raya kita.
  8. Kempen kempen di plaza toll tidak perlu kerana mereka yang hendak balik kampong memang sedia dengan kelengkapan diri seperti topi keledar yang diikat, jeket , but, sarung tangan dan sebagainya. Jika hendak beri helmet percuma, berilah di Bandar Bandar kecil dimana sesetengah penunggang ‘ada moto tetapi helmet tiada’.

Saya yakin jika dilakukan seperti di atas kita dapat mengurangkan kemalangan maut yang melibatkan motosikal di OPS SIKAP akan datang.

 
Dr. Moto
5 October 2009

 


 


 
 
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.