drmoto.com.my
 
CHRONOFORCE
OFFICIAL WATCH PARTNER OF
DR. MOTO
 
 
 
 
Bersama Anda dalam semangat 1Malaysia
 With You in the spirit of 1Malaysia
Di bawah naungan
Under the patronage of
  Kepada pengguna jalan raya . Ambil perhatian!        Tiga empat bulan lagi Hari Raya akan tiba, diharap media-media bermula sekarang untuk mendidik mereka yang bakal balik kampong akan perihal keselamatan jalan raya. Jangan beri ruang untuk Ops Sikap mengejutkan kita lagi.           So all roads users. Take note!         In 3 or 4 months the Raya season will see many on the balek kampong rush. It is opportune that all media start educating potential balik kampong crowds on road safety. Don’t let Ops Sikap figures give us another fright..

Bermoto Balik Kampong - Bertanggungjawab di Jalan Raya

Dr-Moto      MAT REMPIT
 
Soal Jawap dengan Mat Rempit yang tak berapa nak insap!
 
Dr. Moto
Bila lu start mula main moto dan insiden yg buat lu kenang sampai hari nih? Apa pengalaman kureng lu kena tahan roadblock? Citerla bro, walaupun kitorang tau lu x berapa nak jumpa cahaya lagi..
 
 
Mat Rempit
Salam bro..terima kasihlah kerana menanyakan soalan yang macam ni kat gua..Gua sebenarnya tak tahu nak cakap cam mana,tapi nafsu keremajaan yang membuatkan gua jadi cam ni…Bermulanya dengan yamaha sport 100cc pada tahun 1990.  Ketika itu gua baru jer berusia 9 tahun dan baru berjinak dalam arena sukan lumba motor haram! heheheheh....so gua start berlumba pada usia yang begitu awal, tapi nak berhenti untuk berlumba susah doh....so pada tahun 2004 terpancarlah 1 sinar yang mengatakan untuk gua berhenti berlumba kerana sahabat gua tewas dalam kemalangan dan terkorban.. Pada waktu itu pesta juara-juara tahunan telah diadakan di 1 highway yang digelar highway..........Sahabat gua telah mendahului pelumba-pelumba yang lain tapi mungkin ajal sahabat gua dah ditakdirkan pergi wat
selama-lamanya .  Pada malam tu, diakhir garisan penamat beliau memandang kebelakang dan terus berdiri di atas motor dan tanpa disedari motor beliau tersasar ke tengah pembahagi besi highway dan terus terseret lebih kurang 100 meter dan beliau tersangkut pada besi tersebut.  Keadaan member gua amat menyayat hati.. Dengan keadaan muka tangan dan badan serta kaki terputus dari pangkal paha, gua rasa tersentap bila melihat keadaan member gua tu.. Hati kering, tapi bila tengok member gua cam tu rasa sedih doh bila mengenangkan keadaan mak dan ayah member gua yang dok kat umah tunggu anak mereka pulang...
OK, so start dari tu lah selama 14 tahun gua mencebur diri dalam arena berlumba haram.. Gua ada cuba beranikan diri untuk berhenti walaupun tak boleh..
Ok ni lu nak tanya pasal roadblock lak..Ok 1 bila gua race ader lak roadblock kat depan.. 1, dah tentulah gua goyang doh...mana tak nya motor dah cam aper,gua lak takder lesen tp lotex ader lah.So gua pun u turnlah, tapi gua
nasihatkan kat lu orang kalau nak u turn tu biar lah lepas, kalau tak makan, tak habis doh.. Ni pengalaman gua la masa kejadian tu lak gua tak berapa nak cantik. Then gua sangkut, bon tu terus tangkap gua.. 1 ayat jer dia bagi kat gua.. Dia cakap " pasal lu patah balik? " ..Then gua pon jawap lah, gua lesen tader tp lotex hidup.. Lu tahu dia cakap aper kat gua? Gua ingat sampai bila2.. Dia ckp camni..”Nak cakap bodoh kang marah.. Kau lesen takder tp yang u turn cam bawak dadah kenapa? dah tak pasal-pasal aku leh charge kau memandu cara melulu dan merbahaya. Lepas tu jalan lak one way, kalau kau jalan, kena saman takder lesen jer..apela kau ni " Perh!  Itu lah yang gua tak boleh lupa..
 
So nasihat gua kat lu orang yang takut sangat nak tempuh block tu, jangan lah u turn tak tentu pasal.. Diorang yang tahan kita ni polis ker jpj ker manusia maa... diorang boleh timbang rasa nyer.. cuma kita ni dah wat salah jangan nak wat langsi lak...
So kepada abang2 polis dan jpj terima kasih lah kerana memberi gua keinsafan walaupun gua ni tak berapa
nak insaf tapi gua cuba... adios rasta digamma…
 
 
 
 
 
 
Terkini/Latest
 
 

1 Malaysia Menjana Transformasi


 
 
Kesihatan          |            Health  

KALENDAR MotoGp
MotoGP CALENDAR
Akhbar Permotoran Rasmi
Official Motoring Paper

<Segmen Dr. Moto>


   
Pengumuman | Announcement

PENGUMUMAN
(Announcement)
/



"1 Malaysia Menjana Transformasi"


Akhbar Permotoran 1Motor.com
Terbitan Ogos 2010


memaparkan artikel istimewa dari Dr. Moto
kali ini membawa tajuk-tajuk

'GIVI - Pilihan Utama Aksesori Motosikal'

dan

'Pertama Kali Menunggang'

Sudahkah Anda Mendapatkannya?



-

Motorcycling Newspaper 1Motor.com
August 2010 Issue


brings you interesting articles from Dr. Moto
this time featuring,

'GIVI - First Choice in Motorcycle Accessories'

and

'Riding For the First Time'
(both articles written in Bahasa Malaysia)

Have You Got Your Copy?

 










 
 

  



 
 


 

 
 
 
H/p:  016 665 8552
 
 
 
 



 
 
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.