Mahindra dan Mahindra (M&M) bercadang untuk mengeluarkan moto besar di India dan sedang dalam perbincangan dengan Triumph dan Moto Guzzi.
Sayap motosikal Mahindra, Mahindra Two Wheelers juga bercadang untuk melancar moto dalam kelas 110-125cc tidak berapa lama lagi.
Moto 110-125 direka oleh Mahindra dengan kerjasama syarikat Itali dan SYM dari Taiwan.
Buat masa kini Mahindra hanya mengeluarkan skuter.
Bajaj di tawar 90% pegangan KTM
Ura ura bahawa Bajaj akan mengambil alih pengurusan KTM dari Austria nampaknya akan menjadi kenyataan. Bajaj telah menerima tawaran untuk mengambil 90% pegangan dalam KTM.
Bajaj dilapor menerima tawaran tersebut tetapi belum dilaksanakan. Bajaj dikatakan akan mengambil 51% dahulu dan bila baki akan diambil alih belum diumumkan.
Motosikal Buell
Baru baru ini kami telah membawa berita bahawa Harley Davidson telah memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Sejak mula dikeluarkan 26 tahun lalu sebanyak 130,000 Buell berjaya dikeluarkan. Berita terkini sebuah syarikat lelongan telah diberi tanggungjawab untuk menjual kesemua aset dikilang Buell pada 28hb.Januari 2010. Jika anda teringin hendak menyimpan sebahagian sejarah Buell, inilah peluang anda. Antara barangan yang akan dilelong adalah komputer, tangki dan lain-lain alat moto, enjin dan juga peralatan-peralatan lain.
Jika nak pergi alamatnya adalah di Buell Factory, No. 2815 Buell Dr, East Troy,WI.. Jualan akan bermula jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari sehingga habis dijual. Jika hendak tahu senarai lengkap aset silalah ke laman web www.LiquidAssetPartners.com.
Enam negara asal ASEAN bersetuju menghapuskan tarif ke atas 7,881 barangan yang didagang antara mereka. Mungkinkah ini bermakna kedudukan ekonomi akan bertambah baik untuk pengeluar dan juga pengguna?
Penghapusan tarif oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand memberi harapan kearah dagangan bebas di keseluruhan ASEAN. Negara lain dalam ASEAN akan bersama perjanjian ini pada 2015.
Apa kesannya pada kita penunggang-penunggang motosikal, perlu kita tunggu dan lihat.