Antara banyak pasukan lumba di MOTO GP dalam 2009 satu pasukan menonjol kerana ketabahan dan keazaman seseorang. Pasukan itu adalah LCR Moto GP Team. Singkatan namanya diguna untuk pasukan ini. LCR bermaksud Lucio Cecchinello Racing.
LUCIO CECCHINELLO dilahirkan pada 21hb.November 1969 di Venice, Italy. Dari kecil Lucio gemar mendengar bunyi enjin dan kelajuan memberinya semangat berkobar. Pada usia hanya 12 tahun Lucio telah mengubah suai motosikal Benelli Motorella sendiri kepada sebuah moto lumba mini. Bagi seorang budak ini adalah satu kejayaan. Tidak lama kemudian beliau mengubah suai motosikal TGM dengan enjin 50 cc Minarelli untuk moto cross. Apabila Lucio mendapat lesen dia mengeluarkan semua wang simpanan dan membeli sebuah NS 125. Mununggang di jalan jalan luar bandar memberi dia keyakinan bahawa satu hari nanti dia akan masuk dalam perlumbaan. Tarikan dari aroma minyak castor dan bahan api kapalterbang terlalu kuat untuk diabaikan begitu sahaja.
Pada tahun 1989 dalam ‘Italian Sport Production Championship’ Lucio membuat penampilan pertamanya dengan NSR 125. Tiga perlumbaan kemudian Lucio menempa kejayaan. Dalam tahun 1990 Lucio dinobatkan naib juara seluruh Itali.
Tahun berikutnya dia di pelawa untuk bersama ‘Team Italia’ dan dalam perlumbaan pertamanya dikejohanan Eropah dia dapat menduduki tempat ke-10. Pada musim 1992 Lucio sekali lagi menjadi naib juara Eropah. Pada tahun 1993 Lucio berlumba dengan Team Gazzaniga Corse dan menunggang motosikal Gazzaniga.
Dalam tahun 1994 GIVI memberi peluang kepada Lucio untuk berlumba pentas dunia. Pada kejuaraan Eropah1995 Lucio berjaya sebagai Juara Seluruh Eropah.
Pada tahun 1996 Lucio menubuhkan pasukan sendiri untuk bertanding diperingkat dunia. Pertandingan adalah sengit tetapi dengan keazaman yang membakar didadanya Lucio akhirnya mencapai kejayaan di Jarama, Sepanyol. 2003 merupakan tahun terakhir Lucio berlumba sebagai penunggang dan di Mugello dia memenangi Grand Prix Itali. Mugello adalah sentimental bagi Lucio kerana disitulah beliau bermula latihan untuk menyiapkan diri untuk perlumbaan.
Dari tahun 2004 hingga kini Lucio sibuk dengan mengendalikan pasukannya Team LCR.