drmoto.com.my
 
 
 
 
 
Bersama Anda dalam semangat 1Malaysia
 With You in the spirit of 1Malaysia

Di bawah naungan
Under the patronage of
  Aktiviti-Aktiviti Jadual/Kalendar Aktiviti  
 
  KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA -       AMBIL PERHATIAN!             Sedikit tip-tip keselamatan:-                Rancang perjalanan anda.           Pastikan niat anda betul.           Kenderaan anda dalam keadaan baik.            Mulakan perjalanan masa waktu anda paling cergas.           Pastikan pakaian lengkap.            Tonjolkan diri anda dengan warna terang.            Awasi jarak anda di atas jalan raya.           Bertanggung jawab di jalan raya.            Pandulah dengan cermat.                                                      TO ALL ROAD USERS -  TAKE NOTE!            A little tip on safety:-           Plan your  journey and           focus on your intentions.            Ensure your vehicle is in good order.            Start your journey when you are fresh.            Ensure full gears.           Wear bright colors to show your existence.            Ensure adequate gap when following or when being followed.             Be responsible on the road.             Drive with safety in mind.

Dr-Moto      Tohatsu
Cetak halaman ini

 

Motosikal kedua paling laris di Jepun tiba-tiba hilang dari pasaran dalam tahun 1964
 
Apa telah jadi?
Mana agaknya TOHATSU menghilang?
Lambangnya adalah dari huruf T tetapi di bentuk seakan burung sedang terbang dan seakan takdir Tohatsu telah terbang dari dunia motosikal sehingga kini.

Syarikat TOHATSU adalahlah antara syarikat pengeluar enjin yang masih bertahan sehingga hari ini walaupun kewujudan mereka kini adalah dibidang yang lain.

Syarikat Tohatsu ditubuhkan pada tahun 1922 di negara matahari terbit bertujuan membuat enjin-enjin kecil untuk dibekal kepada pengeluar motosikal, generator, pam dan sebagainya tetapi mereka juga mula mengeluarkan motosikal sendiri, lama selepas waktu ia ditubuhkan. Motosikal awal mereka tidak lebih dari basikal berenjin, tetapi ia terbukti diterima masyarakat Jepun ketika itu kerana enjin mereka tahan lasak
 
Nama Tohatsu melonjak naik diantara hampir 50 pesaing yang lain ( ya ketika itu ada hampir 50 pengeluar motosikal di negara Jepun). Pada awal tahun 1950 Tohatsu menduduki tempat ke-2 motosikal yang paling laris. Honda menduduki tempat pertama.  Tohatsu juga mencipta nama di litar lumba bukan saja di Jepun tetapi juga di Eropah dan Amerika. Tohatsu 125 Racer dengan pelumba muda terbukti pesaing sengit bagi nama-nama lain seperti Honda, Suzuki dan juga beberapa nama handalan dari Eropah.
 
  
                 

Di Malaysia juga Tohatsu mengukir nama di arena perlumbaan. Di ‘Grass Track’, Kuala Kangsar Tohatsu membuktikan kehandalan mereka dengan mengalahkan saingan mereka yang kesemuanya berenjin lebih besar dari mereka.

Tetapi bagai kata hikmah orang putih good things don’t last, kemunculan Tohatsu di litar lumba tidak bertahan lama. Dalam tahun 1964 Tohatsu  tiba-tiba hilang dari pasaran. Atas arahan lembaga pengarah Tohatsu menarik diri dari dunia motosikal untuk memberi tumpuan penuh kepada produk mereka yang lain iaitu ‘outboard enjin’ atau enjin sangkut yang mereka ceburi dalam tahun 1956. Para pengarah Tohatsu berpendapat bahawa ‘enjin sangkut’ memberi mereka pulangan yang lebih menarik berbanding motosikal yang ketika itu menghadapi kemorosotan jualan.  Penarikan diri Tohatsu telah memberi Honda satu suntikan mengalakan. Jualan Honda naik mendadak walaupun jualan keseluruhan untuk negara Jepun merosot. Ketiadaan Tohatsu juga memberi nafas bagi Suzuki dan Yamaha kerana jualan Tohatsu sebelum mereka berundur adalah hampir sama dengan Honda.

Tohatsu disegani oleh pesaing mereka kerana tahap kejuruteraan yang tinggi dan tidak hairanlah apabila Tohatsu mengumumkan pengunduran mereka, jurutera-jurutera mereka direbut oleh pengeluar-pengeluar lain.

Hari ini Tohatsu adalah antara pengeluar enjin marin yang terbesar di dunia.


Web Stats
As at 31-Dec-2011 23:59
Hits:  4,803,509

Seminar LK Mamat & Dr-Moto 
Nov-2011>Feb-2012


 
 
KALENDAR SEMINAR

 

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!
 
JUMPA ANDA DI SANA!!! 
 
_____________________

 Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera...


 
 

KALENDAR MotoGp
MotoGP CALENDAR
 

Akhbar Permotoran Rasmi
Official Motoring Paper
 

   
Pengumuman /
Announcement




 Dr-Moto

paparkan artikel istimewa
dan maklumat berguna

  untuk
penunggang/pemilik/
persatuan motosikal
khususnya,
untuk pengguna
kenderaan bermotor
amnya;

 

Terima kasih kepada

ANDA

kerana melayari laman ini.



Dr-Moto

features
interesting articles

and
valuable information

 for all  motorcycle riders/
owners/motorcycle clubs,

&

for all
motor vehicle users
in general...

 

Thank you

 for visiting
this site.

 

 


 

 
 
 
H/p:  016 665 8552
 
 
 
 



 
 
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.