Kajian demi kajian dibuat hampir di kesemua negara maju dan Negara-negara dimana populasi motosikal tinggi tentang kemalangan motosikal dan penyebabnya. Syarikat pembuat motosikal terbesar di dunia ada membuat kajian menggunakan imej yang paling menangkap perhatian. Para penyelidik telah bertemu beribu-ribu orang di beberapa negara. Mereka ini ditunjukkan satu siri imej muka manusia dan diminta memilih gambar yang paling menarik perhatian mereka. Hampir kesemua memilih imej seorang yang bermuka garang. Honda kemudian telah menerapkan pendapat ini kepada beberapa model motosikal mereka. Begitu juga dengan pembuat-pembuat lain. Itu sebabnya kini anda lihat moto sport anda nampak garang jika dilihat dari depan.
Motosikal yang kita tunggang jika dipandang dari depan memprofilkan imej yang nipis jika dibanding dengan imej depan kereta. Motosikal ‘naked’ 1000cc umpamanya hanya menonjol 25% dari kereta. Pendek kata, jika nak nampak dimata pemandu mesti susun 4 moto 1000cc sebelah menyebelah. Tetapi itu bukan realitinya. Realitinya, bagaimana hendak menangkap perhatian pemandu tanpa membawa 4 moto sekali gus?
Ves-Fluoresen
Tindakan yang paling mudah dan murah yang boleh kita sebagai penunggang motosikal ambil supaya kita lebih dilihat oleh pemandu kereta ialah dengan memakai ves keselamatan di luar jaket kita. Warna flouresen pada ves keselamatan akan membuat pemakainya senang dilihat baik waktu siang ataupun malam
Kini boleh dibeli dengan tiga warnai aitu oren, hijau dan kuning.
Jika anda serius akan keselamatan anda, ves seperti di atas adalah paling mudah dan murah.
Satu kajian di New Zealand mendapati bahawa penunggang yang memakai ves flouresen berkemungkinan tidak akan bertembung dengan kenderaan lain adalah lebih dari yang tidak memakai sebarang ves keselamatan. Kajian itu juga mendapati bahawa topi keledar warna putih paling selamat (dari segi penglihatan)
Lihat gambar diatas. Penunggang mana yang lebih menangkap perhatian. Sudah tentu imej kanan yang memakai ves keselamatan.
Ada dua orang penunggang di imej di atas Ok anda kata imej atas tak adil sebab yang
Cuba cari. Susah juga nak cari yang satu lagi tu ya? pakai ves berdiri hampir dengan kamera. Lihat gambar ini pula.
Lihat gambar kiri dan kanan. Jika tidak diberitahu mungkin ramai yang tidak perasan kehadiran penunggang.
Kepada mereka yang tak mahu menggunakan ves begini bolehlah beli pelekat fluoresen dan pelekat pemantul cahaya untuk dilekat pada topi, jeket ataupun moto.