Logo
drmoto.com.my
Biar prO yaNg Race Lah!!!
Feature      Feature      Rencana

 
Rencana

Kandungan:-




 
 
 
 
 
 

Max 100 kuasa kuda


 

 


100 kuasa kuda untuk moto?

Motosikal di Perancis kini tertakluk kepada kuasa kuda maxima 100. Ini bermakna motosikal yang melebihi 100 kuasa kuda tidak dibenarkan dijual dan diguna di Perancis.  Kini Kesatuan Eropah bercadang mengikut Perancis untuk melaksanakan had 100 kuasa kuda ke seluruh Eropah.     

Jika cadangan ini diterima oleh negara-negara Eropah kemungkinan ianya akan menjangkit ke negara-negara lain di dunia.  Misalnya jika Amerika mengikut, sudah pasti pengeluar-pengeluar motosikal Jepun dan Itali akan cuma mengeluarkan model yang berkuasa kuda tidak lebih dari 100.

Buat masa kini beberapa pertubuhan motosikal telah menghantar bantahan mereka kepada Kesatuan Eropah.

 

Kembali ke Atas

 

Triumph & Marlon Brando


 

 


Triumph Ikat Marlon Brando

 


Apa ada pada nama? Ya jika nama itu nama saya atau andamemang tidak ada apa-apa. Tetapi jika nama anda Marlon Brando, iamempunyai karisma untuk memikat walaupun si empunya nama sudah lamameninggal. Triumph baru-baru ini telak mengikat kontrak lumayan denganpewaris Brando untuk mengguna nama pelakon ‘The Wild One’ iniatas jeket-jeket keluaran Triumph. Jeket yang dicadang dikeluarkanadalah replika jeket yang diguna Brando dalam filem tersebut.  Dalamfilem itu Brando menunggang motosikal Triumph.

 

Kembali ke Atas

 

Motosikal OSSA


 

 


Bangun dari Kubur  .......      Motosikal Ossa.

 
Ossa, satu jenama yang begitu popular dahulu dan menghentikan pengeluaran motosikal dalam tahun 70an kini kembali semula di dunia motosikal.  Ramai yang tidak menyangka kedatangan Ossa kali ini. Ossa kini mula mengeluarkan satu model TR280i untuk kegunaan trial. 
 

1,250 buah dijangka dibina tahun ini dan untuk tahun depan ini mungkin ditingkatkan ke 3000 buah. Ossa juga bercadang mengeluarkan model kedua iaitu model enduro tidak lama lagi. Mungkin Ossa akan mempamerkan prototype di pertunjukan EICMA tahun ini?



 

Kembali ke Atas

 

India vs Austria

 

 


India vs Austria untuk KTM      

Baru baru ni kami ada membawa berita bahawa syarikat Bajaj dari India akan mengambil alih syarikat KTM dengan pembelian saham.Nampaknya ini tidak akan berlaku kerana keengganan syarikatberkepentingan dalam KTM iaitu CROSS Industries tidak bersetuju untukmelupuskan saham mereka. Mungkin Bajaj kena tunggu lebih lama lagi

 

Kembali ke Atas

 

Motosikal Besar di India

M&M

 

Mahindra akan keluar Moto besar

Mahindra dan Mahindra (M&M) bercadang untuk mengeluarkan moto besar di India dan sedang dalam perbincangan dengan Triumph dan Moto Guzzi.

Sayap motosikal Mahindra, Mahindra Two Wheelers juga bercadang untuk melancar moto dalam kelas 110-125cc tidak berapa lama lagi.

Moto 110-125 direka oleh Mahindra dengan kerjasama syarikat Itali dan SYM dari Taiwan.

Buat masa kini Mahindra hanya mengeluarkan skuter.


 

 

Kembali ke Atas

 

Bajaj: 90% pegangan


 


Bajaj di tawar 90% pegangan KTM

Ura ura bahawa Bajaj akan mengambil alih pengurusan KTM dari Austria nampaknya akan menjadi kenyataan. Bajaj telah menerima tawaran untuk mengambil 90% pegangan dalam KTM.

Bajaj dilapor menerima tawaran tersebut tetapi belum dilaksanakan. Bajaj dikatakan akan mengambil 51% dahulu dan bila baki akan diambil alih belum diumumkan.

 

Kembali ke Atas

 

Motosikal Buell


 

 

Motosikal Buell

Baru baru ini kami telah membawa berita bahawa Harley Davidson telahmemberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Sejak mula dikeluarkan 26tahun lalu sebanyak 130,000 Buell berjaya dikeluarkan.  Berita terkinisebuah syarikat lelongan telah diberi tanggungjawab untuk menjualkesemua aset dikilang Buell pada 28hb.Januari 2010.  Jika anda teringinhendak menyimpan sebahagian sejarah Buell, inilah peluang anda. Antarabarangan yang akan dilelong adalah komputer, tangki dan lain-lain alatmoto, enjin dan juga peralatan-peralatan lain.  

Jika nak pergi alamatnya adalah di Buell Factory, No. 2815 Buell Dr,East Troy,WI..  Jualan akan bermula jam 10 pagi hingga 7 malam setiaphari sehingga habis dijual.  Jika hendak tahu senarai lengkap asetsilalah ke laman web www.LiquidAssetPartners.com.

 

Kembali ke Atas

 

Tiada Tarif


 

Tiada tarif untuk dagangan ASEAN

 

Enam negara asal ASEAN bersetuju menghapuskan tarif ke atas 7,881 barangan yang didagang antara mereka. Mungkinkah ini bermakna kedudukan ekonomi akan bertambah baik untuk pengeluar dan juga pengguna?

Penghapusan tarif oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura danThailand memberi harapan kearah dagangan bebas di keseluruhan ASEAN. Negara lain dalam ASEAN akan bersama perjanjian ini pada 2015.  Apa kesannya pada kita penunggang-penunggang motosikal?
 
Perlu kita tunggu dan lihat.

 

 

Kembali ke Atas

 

Twister di India


 

Honda Lancar Twister di India

Boleh anda teka berapa unit motosikal dikeluarkan setahun di India? LAPAN JUTA, ya  8,000,000 motosikal setahun. Tetapi moto-moto keluaran India bukan yang jenis superbike tetapi yang jadi pilihan utama adalah yang ekonomi, baik dari segi harga, tahan lama dan jimat minyak.  Jadi tidak hairan apabila Honda melancar model Twister yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan mampu memberi sehingga 164 batu untuk segelen ataupun 70 km se liter.


Twister berenjin 110 cc dan diuar-uar akan dijual pada harga Rp 42,000/- atau kurang lebih RM3100/-. Moto baru ini agak canggih reka bentuknya dan tidaklah macam Rajdoot atau Enfield yang sudah sebati dengan penunggang India.Moto baru ini hanya menjana 9 kuasa kuda dan dilengkapi dengan roda enam spoke dan kekotak giar 4 kelajuan.

Dengan kuasa kuda yang begitu rendah pasti pembekal aksesori akan berebut untuk memberi alat-alat ganti yang mampu meningkatkan prestasi moto ini untuk mereka yang berminat. Agaknya Honda adakah rancangan untuk membawa model ini ke Malaysia.
 
Ingat zaman Honda S90.

 

 

Kembali ke Atas

 

Panggil pulang motosikal

 

 

Harley panggil pulang 111,000 Motosikal.

Dikatakan Harley sedang memanggil pulang 111,000 motosikal dan roda tiga. Ia dikatakan meminta semua model  2009 dan 2010 Touring termasuk CVO Touring dan Trike pulang supaya dibuat pindaan keatas bahagian hadapan tangki minyak.


 

 

Kembali ke Atas

 

MotoGP: 1000cc

 


 
MotoGP: 1000 cc untuk 2012
 
FIM , badan yang berjuasa atas sukan motosikal dunia telah menetapkan bahawa musim 2012 had kapasiti maksima MotoGP adalah 1000cc. Jumlah selinder pula dihadkan kepada maksima 4 dan ukuran maksima bore adalah 81mm ( enjin 4 selinder) . Matlumat penuh akan diumum kemudian.

Kapasiti MotoGP telah berubah beberapa kali sejak menukar dari 2 lejang ke 4 lejang. Seketika dahulu 1000 cc diguna pakai tetapi atas sebab tayar had kapasiti diturunkan. Apakah tayar tidak lagi bermasaalah atau apakah sebab sebab lain. Kita tunggu saja penjelasan FIM kemudian.

 

Kembali ke Atas

 

QianJiang Motors Limpah $$$ kepada Benelli

 
Benelli Cafe 550
 
Qianjiang
 
 

Qianjiang Motors melabur tambahan $26 Juta pada jenama Itali.


Qianjiang Motors dari China, yang menguasai Benelli pada tahun 2005 akan melabur US $26 juta lagi dalam Benelli.

Haimei Yan selaku Pengurus Besar Qianjang  Motors dilapor sebagai berkata bahawa mereka serius dengan pelaburan mereka dalam Benelli dan mahu melihat Benelli maju walaupun ketika ini Benelli masih belum menunjukan keuntungan.
Pelaburan tambahan ini bagi tujuan R&D atas produk baru dan juga untuk masa hadapan.


 
 

 
Haimei Yan berkala sebuah moto 600cc 4 selinder akan diperkenalkan dan ini diharap dapat memberi Benelli keuntungan dalam masa 2 tahun.


Ditanya apakah halangan terbesar baginya dan Yan berkata cara orang Italia menjalankan perniagaan mungkin menjadi halangan tetapi yakin bahawa ini dapat diatasi.

 


 


Kembali ke Atas

 

BAJAJ akan henti keluar Skuter

 

 

Jenama Bajaj tidak begitu dikenali dinegara kita tetapi ianya harus disegani kerana pengeluaran setahun kilang Bajaj hampir 2 juta unit pada tahun 2008. Ini bukan sembarangan. Penjualan skuter di India telah menurun mendadak dalam tahun 2009 dan Bajaj merancang untuk menghentikan pengeluaran skuter dan memberi tumpuan penuh kepada pengeluaran motosikal.

Bagi peminat wayang Hindi sudah tentu perasan akam skuter yang seakan akan Vespa, itulah Bajaj. Peningkatan taraf ekonomi rakyat India telah melihat ramai yang beralih dari skuter kepada motosikal dan kereta kecil.Itulah sebabnya Bajaj mengambil tindakan tersebut.

Bajaj akan menumpu kepada motosikal seperti Honda Hero, Pulsar dan Discover. Perancangan juga sedia untuk mengeluarkan Kawasaki Ninja 250 di India.

Bajaj mempunyai pengkongsian dalam KTM dari Austria. Bajaj memegang  31.7 % saham dalam KTM. KTM dan Bajaj dikatakan sedang menyusun untuk pengeluaran enjin 4 lejang sejukan air berkapasiti 125 dan 250cc.


 
 


Kembali ke Atas

 

Laporan Hurt

 
Harry Hurt. 1927-2009

Tidak ramai yang kenal Harry Hurt. Harry Hurt adaalah orang dibelakang pengajian atas keselamatan motosikal yang diguna banyak badan dan kerajaan yang dikenali sebagai ‘HURT REPORT’. Hurt, 81 meninggal akibat serangan jantung pada Nov. 29 2009.

‘Hurt Report’ dianggap sebagai satu kajian yang menyeluruh keatas keselamatan motosikal termasuk pengendalian, kemalangan dan juga prestasi kelengkapan terutama topi keledar. Walaupun siap pada tahun 1981 ianya masih dirujuk dan diguna pakai sehingga hari ini. Ini kerana laporan tersebut mempunyai banyak fakta fakta yang tidak dapat diperolehi dimana mana.

Perundangan dan peraturan baru dibanyak negara adalah berdasarkan kajian dalam laporan Hurt, dan ia telah menyelamatkan begitu banyak nyawa.

Hurt dilahir pada tahun1927 dan membesar dan mula menunggang motosikal di Texas. Moto pertamanyaadalah skuter Cushman yang dibaik pulih sendiri.

Hurt keluar dari university pada tahun1950, dan terus memasuk tentera laut US sebagai pilot dan terus dihantar ke Perang Korea. Selepasperang tersebut Hurt kembali semula ke kampungnya dan dengan tidak membuang masa menunggang moto Harley-Davidson nya terus ke California dan mendaftar untuk kursus kejuruteraan aeronautik.

Tahun 70’an telah melihat jualan motosikal naik mendadak dan dengan ini kemalangan motosikal juga bertambah. Pihak berkuasa Amerika telah mengeluarkan tender untuk kajian keatas kemalangan motosikal. Hurt yang kini mengetuai sebuah jabatan di universitinya telah mendapat tenderini.

Objektif pengajian adalah

1. Mengenal pasti sebab sebab kemalangan motosikal berlaku.

2. Kaji berkesanan kelengakapan motosikal terutamanya topi keledar.

3. Rumus bagaimana hendak mengelak kemalangan dan merendahkan kecederaan.

Hurt dan pasukan yang kesemuanya adalah penunggang motosikal yang berpengalaman telah melawat setiap lokasi kemalangan siang dan malam selama lebih  2 tahun. Mereka telah mengutip data dari lebih 900 kemalangan dan menemuramah beribu ribu penunggang dan membuat kajian keatas 3600 laporan polis di kawasan yang di kaji. Syor syor dari kajian termasuk keatas kelengkapan penunggang dan pembonceng, amalan amalan baik untuk penungangan dan juga latihan latihan untuk semua penungang.

Bila diminta untuk merumus kajian tersebut Hurt dilaporkan berkata "Tidak ada peluru sakti kecuali tingkatan pelajaran dan kepakaran."

 
 

 


 

Kembali ke Atas

 

Warna Lampu Isyarat

 
 

Dr.Moto bersetuju dengan pendapat ini dan sentiasa menguar-uarkan bahawa ‘Satu warna tidak boleh diguna untuk pelbagai fungsi’. Warna amber (oren) adalah hak eksklusif  lampu isyarat dan begitu pula lampu warna merah untuk lampu belakang dan bila menerang, brek.Jika warna merah diguna sebagai lampu isyarat pengguna jalan raya lain akan mengtafsirkan ia sebagai lampu belakang yang rosak.

Begitu juga , kenderaan yang dihiasi dengan lampu berbagai warna seperti pokok krismas harus di ambil tindakan segera sebelum ia menjadi ikutan ramai.

Walaupun ada undang-undang yang menetapkan warna lampu isyarat masih kelihatan banyak kenderaan yang mengguna warna yang lain dari yang di tetapkan.

Satu kajian di Amerika mendapati bahawa lampu isyarat warna amber (oren) adalah 5.3% lebih berkesan ( dari dilanggar dari belakang) daripada warna merah.

 

 


 


Kembali ke Atas

 

Harley Davidson, Buell & MV Agusta

 
Buell henti pengeluaran sementara.
 
Harley Davidson telah lama dalam dunia motosikal dan mereka telah mengharungi segalanya. Turun naik perniagaan sudah sebati pada mereka. Tidak hairan apabila mereka membuat pengumuman berikuttempoh hari. Disebabkan penurunan jualan dan juga perniagaan yang menurun Harley akan;

a) Memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Jualan yang tidak mencapai jangkaan membebankan syarikat induk.

b) Cadang menjual syarikat MV Agusta. Syarikat pembuat motosikal Itali baru dibeli Harley Davidson dalam bulan Julai 2008 pada harga US$109 juta. Mereka akan cuba mengaup kembali pelaburan mereka dalam MV Agusta.

Pada anda yang mempuyai duit kocek yang berlebihan bolehlah membuat tawaran kepada Harley.  Kita di Malaysia mungkin boleh menganga mulut dan mata terbeliak kerana tidak berapa lama dulu Proton menjual MV Agusta dengan harga SATU EURO (kurang/lebih LIMA RINGGIT Malaysia).


 
 


Kembali ke Atas

 

Moto Morini muflis

 

 Corsaro - Model terbaru dari Morini.

Pengeluar motosikal terkenal dari Itali Moto Morini telah mengistiharkan muflis secara sukarela. Ini berlaku selepas mereka gagal membayar gaji pekerja dan juga pembekal.

Pengistiharan muflis sukarela selalunya berlaku sebelum tindakan menghapuskan harta harta mereka. Tindakan ini juga akan mencetuskan pembelian sebahagian atau pun sepenuhnya syarikat tersebut.

Berita itu mengejutkan industri motosikal bukan sahaja di Itali tetapi didunia. Tiada bayangan yang mereka akan muflis kerana jualan sehingga bulan Ogos telah mengatasi 15% jualan keseluruhan tahun 2008. Kerja kerja atas model model baharu juga tidak nampak kesan kelembapan.

Jika riwayat Morini tamat dengan tindakan ini, ia agak menyedihkan kerana Morini sentiasa ada model yang mewarnai dunia motosikal sejak begitu lama.

Kami akan memberitahu jika ada perkembangan baru. Oh ya jika anda ada duit kocek berlebihan cubalah bida untuk menguasai Morini.  Siapa tahu mungkin ini satu lagi kes Proton menjual MV dengan satu Euro?


 
 


Kembali ke Atas

 

Triumph catat rekod Dunia!

 

Wartawan motosikal terkenal Alan Cathcart telah mencatat dua rekod dunia FIM dalam kategori 1,000 cc

2- selinder sedutan biasa tanpa penangkis angin.  Rekod di catat dengan Triumph Thruxton.  Dengan mencatat 152.678 bsj(244.2848 km/j) bagi laluan sebatu dan 152.770 bsj (244.432 km/j) bagi laluan sekilometer dua hala. Cathcart juga mencatat kelajuan sehala 153.150 bsj (245.04 km/j) dengan Thruxton tersebut.

Carthcart kemudian mencatat 2 lagi rekod bagi kategori turbo 1000 cc dengan Triumph Boneville dengan catatan 165.405 bsj (264.648 km/j) dan 165.672 bsj(265.075 km/j) untuk laluan sebatu dan sekilometer. Untuk sehala Bonneville mencatatkan kelajuan 171.624 bsj (274.598 km/j).Teringat filem  ‘The world’s Fastest Indian’ – nak tonton VCD nya sekali lagi!

Cathcart dan Triumph catat record di Bonneville

 

 

 
 
 
 
 
 
Kembali ke Atas

 

2009 Vespa GTS 300 Super

 

Sebut sahaja Vespa orang akan bayangkan skuter 2-lejang 150 cc . Tidak boleh menyalahkan orang berpandangan demikian kerana itulah Vespa untuk sebegitu lama.

Kini Vespa mengeluarkan moto 278cc GTS 300.  Awas dengan kemunculan ini.Ini adalah Vespa terbesar (segi enjin) dan juga yang terpantas pernah dikeluarkan.
 

 

Kembali ke Atas

 

Buell akan henti pengeluaran sementara

Pengeluar motosikal Buell (anak syarikat Harley Davidson)diberitakan akan memberhentikan pengeluaran dari 30hb Oktober 2009 sehingga 4 Januari 2010 di kilang East Troy di Wisconsin, USA selama lebih kurang 2bulan akibat penurunan permintaan.

Syarikat induk Buell, Harley-Davidson juga akan memberhentikan pengeluaran sementara di kilang mereka Wauwatosa selama 14 minggu untuk proses mengemaskini untuk menghadapi permintaan yang telah berkurangan. Diberitakan bahawa 50 pekerja akan ditamatkan perkhidmatan.

 

11 September 2009
 
 


Kembali ke Atas

 

Peraduan Foto Yoshimura

Yoshimura pembuat ekzos popular mengumumkan peraduan foto “Send UsYour Best Shot” untuk semua pemilik barangan ekzos Yoshimura. Ia agaksenang untuk menyerta dan yang best sekali ada hadiah barangan Yoshimura untuk pemenang setiap bulan.

Anda hanya perlu menghantar gambar statik moto anda untuk pertimbangan Yoshimura. Gambar yang menang akan disiar di laman web Yoshimura. Hadiah berupa pakaian dan barangan lain Yoshimura.

Panduan asas:

Beri nama dan alamat penuh.
Alamat e-mail.
Jenama, model dan tahun motosikal anda
Adakah pengubahsuaian dibuat atas moto, jika ada sebutkan.
Hanya gambar statik diterima, jadi jangan hantar gambar aksi anda sedang lipat.
Hantar sehingga 4 imej motosikal anda

(maxima 1 MB setiap satu, resolusi tinggi dialukan) 
 
Apa lagi, kilatkan moto anda dan hantar. Mana tau ada hadiah raya menunggu anda.

28 Ogos 2009

.

E-mel foto anda ke:-
photos@yoshimura-rd.com
http://yoshimura-rd.com

Kembali ke Atas