Selepas
menunggu begitu lama peminat peminat lumba moto sudah tentu menunggu
khabar tentang pelumba kita di Moto GP 125. Semua sudah maklum bahawa
penunggang kita Zulfahmi sudah berada di Europe untuk beberapa ketika
bagi penyesuaian diri.
Zulfahmi tidak mendukacitakan kita
semua. Dalam sesi ujian masa pada menentukan kedudukan grid Zulfahmi
mampu mencatatkan masa 2 minit 10.253 saat untuk kedudukan ke 17 belas
antara 26 pelumpa kesemuanya. Zulfahmi merupakan satu dari dua pelumba
Asia yang mengambil bahagian dalam 125GP. Seorang lagi adalah Koyama
dari Jepun. Pelumba 24 orang yang lain kesemuanya dari Eropah.
Perlumbaan
dijangka bermula pada pukul 8.00 malam waktu Qatar. Ya perlumbaan akan
diadakan dibawah sinaran lampu dan bulan.
Sama
sama kita mendoakan kejayaan dan keselamatan Zulfahmi.
Dengar dengar Muhammad Zulfahmi sudah pasti akan mengambil bahagian dalam 125GP dunia musim 2010 yang akan datang ini. Zulfahmi dikatakan akan ditaja sepenuhnya bagi kesemua perlumbaan 2010 yang bermula di Litar Losail Qatar pada 11hb April 2010. Syabas kepada Zulfahmi kerana dapat tempat dalam acara ini, tapi harus ingat setiap pelumbaan ada saringannya dan Zul harus mencapai taraf yang di perlukan sebelum dapat mengambil bahagian dalan acara betulnya. Ini tentu akan memberi tekanan yang kuat terhadap Zulfahmi. Tanggung jawab yang akan dipikul Zulfahmi sangat berat. Bukan sahaja mesti mencapai impian sendiri tetapi juga impian penaja utama dan juga impian negara terutama impian berjuta peminat di negara sendiri. Zulfahmi harus kuatkan semangat berganda ganda kerana bukan sahaja ini tugas yang baru dipelopori tetapi arenanya bertukarsetiap dua tiga minggu. Tambah pula dibawah pasukan asing (Ongetta Racing) dimana rata rata kesemua dalam pasukan adalah mat salleh semuanya.
Team Ongetta adalah satu pasukan yang besar dan tumpuanuntuk individu mungkin berkurangan jadi Zul harus bersikap daya saing yangtinggi. Dalam 125 Ongetta ada 3 lagi penunggang ia itu Sturla Fagerhaug dari Norway,Jonas Folger dari Jerman dan Alexis Masbou dari Perancis. Jonas Folger merupakan penunggang 2009 Ongetta. Pelumba pelumba merupakan pasukan antarabangsa tetapi staf staf pasukan hampir kesemuanya adalah dari Itali.
Zulfahmi akan berdepan dengan adat resam yang berbeza,bahasa yang pelik dan makanan yang betul betul tidak terbayang, belum fikirpasal halal dan haramnya. Jangan pula Zul nak makan mee segera sahaja atau pun makan roti dan biskut sahaja. Kesihatan perlu dijaga supaya minda dan badan sentiasa sihat.
Dr.Moto menambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjaya kepada Zulfahmi. Pesanan akhir saya harap Zulfahmi jangan lupa solat dan sentiasa berdoa kepada Illahi dan saya dan saya percaya semua peminat moto di Malaysia juga akan berdoa untuk kejayaan Zulfahmi.
Oh ya , buka akaun di
facebook dan myspace supaya peminat dapat berhubung, mana tau mungkin hilang sedikit kerinduan pada kampung.