Sempena Karnival Sihat 1Malaysia
Dr. Moto telah menjemput semua kelab-kelab motosikal dan telah menjayakan bersama-sama kempen derma darah dalam Karnival Sihat 1Malaysia.
'Kelab
Belia Graduan 1Malaysia' kini adalah PENAUNG kepada 'Program Keselamatan Jalan Raya Kreatif Dr. Moto.
Kelab
Graduan 1Malaysia meyokong penuh kepada keseluruhan rancangan yang bakal dan telah diterbitkan dan percaya bahawa program Dr. Moto sebagai landasan yang berkesan dalam
:-
1.
Menyebar mesej keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan-raya, dan
2. Seruan untuk penyertaan aktif dari remaja-remaja dan mengumpul semangat of
1Malaysia.
Karnival
ini
menerapkan elemen 1Malaysia dalam pelbagai acara dan aktiviti,
sekali gus menggalakan penyertaan golongan remaja daripada berbilang
kaum dan peringkat usia selaras dengan gaya hidup sihat dan positif.
Aktiviti sebegini juga dapat menyumbang kepada terbukaan dalam hubungan antara remaja-remaja kini dan pembabitan adalah dari setiap bangsa tidak kira
usia...
Program bersepadu ini secara khususnya mempunyai tiga matlamat
utama iaitu:
1. Menyatukan semua pihak-pihak berkuasa (keselamatan jalanraya),
pembuat/pengilang komponen dan alatganti motosikal,
Team LCR-Honda Moto GP,
kelab-kelab komuniti dan kelab-kelab motorsikal di negara ini bagi
menangani isu keselamatan jalanraya khususnya penunggang motosikal di
Malaysia.
2. Pendidikan keselamatan jalanraya dan kempen pencegahan sifat
‘mat rempit’ dikalangan penunggang motosikal belia dan remaja.
3. Mewujudkan saluran informasi bagi pihak-pihak berkuasa tempatan,
pengilang/pembuat komponen, kelab-kelab komuniti dengan golongan
penunggang motosikal tempatan bagi isu-isu dan kempen keselamatan
jalanraya negara ini.
Saluran Kempen Keselamatan Jalanraya (Penunggang Motosikal)
berunsurkan pendidikan dan informasi ini telah dilancarkan sejak bulan
April 2009 di www.drmoto.com.my
Karnival
ini
menerapkan elemen 1Malaysia dalam pelbagai acara dan aktiviti,
sekali gus menggalakan penyertaan golongan remaja daripada berbilang
kaum dan peringkat usia selaras dengan gaya hidup sihat dan positif.
Selain
Kuala Lumpur, karnival ini bakal berlangsung di 6 lokasi lain iaitu
Kuala Terengganu, Pagoh, Pekan, Port Dickson, Kota Kinabalu dan Kuching.
Kami amat prihatin terhadap idea 1 Malaysia yang
dicetuskan oleh Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dan kami fikir konsep ini harus diterap
kepada semua golongan masyarakat khususnya golongan belia.
Memandangkan kempen 1 Malaysia ini sedang giat
dijalankan, kami sebenarnya terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan
dalam pembikinan program ini. Diantara elemen-elemen 1 Malaysia
yang wujud dalam program ini adalah pembabitan setiap bangsa tidak kira
usia, dari sudut pembikinan produksi hinggalah hasil Program
Kempen Keselamatan Jalan Raya Kreatif Dr. Moto ini.