drmoto.com.my
Biar prO yaNg Race Lah !!!
News & Events      Bermotosikal
Print this pageAdd to Favorite
 


Penunggangan Motosikal

Kandungan:-

International Jawa - Yezdi Day

International Jawa - Yezdi Day

 
5-Jul-2010
 
 
 

Mangalore Julai 11

Hari Ahad yang kedua dalam bulan Julai di sambut sebagai HARI JAWA. Peminat dan pemilik motosikal Jawa harus mengingati hari tersebut. Hari tersebut akan disambut di bandaraya Mangalore di negeri Karnataka,India. Karnataka adalah bandar cantik di pesisiran pantai menghadap laut Arab.

Motosikal JAWA pada asalnya dikeluarkan di Czech republic, dahulunya Czechoslovakia tetapi telah di usahakan di India sejak March 5, 1961 apabila motosikal pertama dari Ideal Jawa dikeluarkan dari kilang di Mysore.

Tahun in merupakan tahun ke 8 hari ini disambut.

 

 

 





Back to Top

Petrol - Wang & Lebih Wang

Petrol – wang dan lebih wang



 
13 Jun 2010
 

Kemungkinan harga minyak akan naik lagi adalah seperti matahari akan terbit diwaktu pagi. Mungkin ada yang berpendapat bahawa ia boleh dikawal kerana ianya semua fungsi bekalan dan permintaan. Ada 2 perkara yang boleh dilakukan, kata mereka. Pertama adalah untuk meningkatkan pengeluaran atau bekalan dan kedua adalah menghadkan permintaan, dan jika ini dilakukan serentak harga akan menjunam.

Disebabkan krisis ekonomi, permintaan dari negara barat telah berkurangan tetapi masaalahnya adalah permintaan dari negara Asia yang tidak nampak penghabisannya.

Bekalan, sementara itu, terhad kerana kelewatan pemulihan negara Iraq dan juga peningkatan kos jika perlu mengepam lebih dari telaga telaga dilautan dalam.

Di Teluk Mexico pula minyak mentah mencurah curah keluar kerana kebocoran dan pihak bertanggong jawab masih tidak dapat menghentikan curahan ini.

China kini sudah menjadi pengguna terbesar didunia dan menelan hampir 10% dari pengeluaran dunia. Ekonomi membangun lain diAsia juga masih dahaga minyak, ini belum masuk India, Pakistan, Indonesia dan Filipina yang seperti naga sedang tidur.

Sementara itu pengeluaran kereta diChina dianggar mencecah 17 juta unit tahun ini dan jumlah ini lebih besar dari jumlah pengeluaran Jepun, Amerika dan Europah campur sekali dan hampir kesemua kereta ini akan dibeli oleh pengguna China.

Harapan kita untuk melihat harga minyak turun hanya bergantung pada Iraq.
 
Apabila Iraq pulih maka minyak dapat keluar semula dan harga sudah tentu turun. Iraq bukan sahaja mempunyai banyak minyak tetapi kos pengeluaran minyak Iraq juga rendah kerana tidak perlu ke lautan luas. Apa yang kita boleh buat adalah mendoa supaya Iraq bangun semula.
 






Back to Top

Vietnam Awasi Hon...

Vietnam awasi hon, Aceh awasi Jeans


 
13 Jun 2010
 

Polis merata dunia sentiasa mengadakan kempen baik untuk keselamatan atau pun yang bertentangan dengan kehendak negara.

Polis di Aceh misalnya diberitakan telah menahan penunggang motosikal wanita yang memakai jeans ketat. Mereka telah di bekal persalinan yang mematuhi syari’ah dan seluar jeans di rampas.

Lain pula ceritanya diHanoi Vietnam. Polis telah meningkatkan kawalan keatas lori lori yang mempunyai hon yang terlalu kuat. Ini berikutan satu kemalangan dimana pembonceng kanak kanak berkemalangan akibat terjatuh dari motosikal kerana penunggang ( si ibu) hilang kawalan motosikalnya kerana terkejut akibat hon yang terlampau kuat.

Penunggang dan pemandu di Vietnam sentiasa mengguna hon mereka sebagai tindakan keselamatan. Lori pula memasang hon yang kuat kerana bunyi hon yang sedia ada tenggelam dalam bunyi bunyi hon kenderaan lain. 

 

 





Back to Top

2010 Minggu DUCATI seDunia


2010 Minggu DUCATI seDunia

13 Jun 2010

 
 

Misano, sebuah pekan kecil ditepi laut di Itali penuh sesak dengan Ducatis sepanjang Minggu Dunia Ducati diadakan.

Penunggang dan peminat dari mana negara saja ada di Misano. Motosikal Ducati berbagai model turut berada di Misano.
 
Terdapat Ducati kuning dan hitam tetapi MERAH paling ketara.
 



 


Back to Top

Minggu DUCATI seDunia

Minggu DUCATI seDunia

1 Jun 2010

 

Planet Merah Kembali
10 > 13 Jun 2010,   Misano Italy

Planet Merak Kembali.

 

Itulah bunyi pengumuman bagi WORLD DUCATI WEEK (Minggi Ducati Sedunia) yang kaan diadakan di Misano Itali dari 10hb ke 13hb Jun 2010.

Acara dua tahun sekali ini telah menarik minat dari selurun pelusuk dunia. Bgi tahu ini peserta akan berpeluang bertemu dengan legenda lumba dan juga pelumba masa kini. Mereka juga akan dapat melawat kilang Ducati dan juga ke muzium Ducati. Lain lain acar termasuklah pertunjukan moto, pandu uji, hiburan dan lain lain lagi. Tidak ketingalan adalah peluang menukar pandangan dengan penunggang penunggang dari merata dunia..

 



 

 
 






Back to Top

Dennis Hopper

Dennis Hopper

 

Ramai diantara kita tentu kenal gambar ini. Mungkin juga di bilik kita ada poster dua penunggang tersebut. Gambar dari filem Easy Rider. Penunggang adalah Dennis Hopper dan Peter Fonda.

Hopper meninggal dunia pada 29 Mei 2010. Beliau berumur 74 tahun.

Dilahir pada 17 Mei 1936  Hopper mula muncul di TV dalam tahun 1955 dan berlakon dalam filem James Dean ‘Rebel without a cause’ dan ‘ Giant’. Hopper berlakon dan mengarah filem ‘Easy Rider’ (1969) dan memenangi anugerah di Cannes. Dia juga dicalonkan untuk Academy Award.. Hopper telah berlakon dalam banyak filem dan antaranya ‘Apoclypse Now’ (1979) dan ‘Speed’ (1994).

Hopper meninggal di rumahnya di Venice, Los Angeles pagi 29 Mei 2010 akibat barah prostat.

 








Back to Top

Bawa Kad Kemalangan – Pelawat ke IOM digesa

Bawa Kad Kemalangan – Pelawat ke IOM digesa.

 

Bawa Kad Kemalangan – Pelawat ke IOM digesa

Pelawat ke lumba Isle of Man TT digesa membawa kad kemalangan. Di atas kad tercatat data penunggang yang dapat dirujuk pihak penyelamat.

Dengan Kad Kemalangan ini diharap dapat menyingkatkan masa menunggu kerana data-data penting sudah ada dicatat seperti kumpulan darah, ubat yang sedia diguna dll. Kad ini disyorkan disimpan di dalam topi keledar.


 
 


 


 


 


 

 
 






Back to Top

Pengangkutan Awam Yang Baik Perlu Untuk Menyekat Bilangan Motosikal

 

Pengangkutan Awam Yang Baik Perlu Untuk Menyekat Bilangan Motosikal.


Terlalu banyak sesuatu biasanya membawa padah. Begitulah keadaan di Jakarta dimana jumlah motosikal dikatakan telah mengakibatkan pencemaran asap, bunyi bising dan jalan raya yang hampir lumpuh.

Pakar pengangkutan Universiti Indonesia Ellen S. W. Tangkudung memberi amaran bahawa jika pengangkutan awam tidak di tingkatkan mutunya jumlah motosikal akan terus melambung.

Motosikal cukup senang untuk dimiliki. Bayaran dari Rp500,000 sudah membolehkan seseorang membeli motosikal. Di Jakarta hampir 900 motosikal didaftar setiap hari dan pada Mei 2010 ada lebih 8 juta motosikal berdaftar. Wakil industri motosikal menyangkal dakwaan ini dan mengata bahawa cuma di Bali dan Papua sahaja jualan meningkat.

Subsidi petrol sudah mula membeban kerajaan.

Data polis menunjuk bahawa hampir 1 juta motosikal didaftar setiap tahun. 


 

 
 






Back to Top

Kerajaan Indonesia Tidak akan Tarik Balik Subsidi

 
Kerajaan Indonesia Tidak akan Tarik Balik Subsidi.


 

Kerajaan Indonesia Tidak akan Tarik Balik Subsidi.

Menteri Tenaga dan Galian  Indonesia Darwin Zahedy Saleh menolak laporan yang menyebut bahawa kerajaan akan menarik balik subsidi untuk penunggang motosikal. Penunggang tidak usah risau. Langkah menarik balik subsidi hanya melibatan kenderaan mewah.

 “Pengangkutan awam dan rakyat pendapatan rendah termasuk penunggang motosikal akan terus menikmati subsidi,” katanya.

Ada kebimbangan bahawa jumlah subsidi yang ditanggung bertambah kian tahun kerana meningkatnya jualan motosikal.

Ketiadaan pengangkutan awam yang baik di katakan antara penyebab.

Persatun Industri Motosikal yakin bahawa jumlah moto akan sampai 6.3 juta dalam tahun 2010. dari jumlah 5.8 juta pada tahun 2009. Peningkatan ini sudah tentu akan menambah beban subsidi oleh kerajaan.

Kerajaan Indonesia memberi subsidi ke atas 3 produk iaitu Petrol Prima, Disel dan minyak tanah. Jualan Prima adalah tertinggi.

Tiada subsidi untuk industri.


 

 
 






Back to Top

Hong Leong Yakin Jualan Meningkat

 

Hong Leong Yakin Jualan Meningkat

 

Dengan pe;ancaran moto Yamaha Lagenda 115Z baru baru ini Hong Leong meramal peningkatan jualan di Malaysia.

Pengarah Urusan C.H. Ng percaya bahawa ekonomi kini akan memainkan peranan bagi mencapai sasaran ini.

"Model baru ini menguatkan posisi kami dipasaran," dia berkata kepada wartawan di sidang media sempena pelancaran tersebut.

Hong Leong mensasar jualan 5000 units sebulan.

 
 


 

 





Back to Top
 
 

Motosikal Pertama

Motosikal Pertama

 

'Motosikal Pertama dijual pada harga RM402,000’

Motosikal yang pertama didaftar reka ciptaannya adalah moto  Hildebrand & Wolfmuller. Baru baru ini di ‘Bonhams Important Pioneer, Vintage and Collectors’ Motorcycle auction’ ianya dijual dengan harga £86,200 ( atau RM402,000).

Heinrich and Wilhelm Hildebrand adalah antara jurutera terawal yang membuat pelbagai cubaan dan kajian atas enjin wap dan kemudiannya enjin 2 lejang.

Dengan rakan kongsi Alois Wolfmüller dan mekanik Hans Geisenhof, keempat-empat sahabat ini telah membina sebuah enjin dua selinder selari 1488cc dengan penyejuk air.

Hildebrands yang ketika itu mempunyai perniagaan basikal telah memasang enjin tersebut kedalam rangka basikal, ciptaan mereka adalah yang pertama didaftar secara rasmi.

 

 
 






Back to Top

 








Kemalangan Konvoi Meru Bikerz

Kemalangan Konvoi Meru Bikerz.

AL FATIHAH

Kami dilaman web dr.moto.com.my mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Helmy Jaafar yang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan. Mari kita semua berdoa agar roh beliau di masukkan kedalam gulungan orang orang yang dikasih Allah.

Amin

Kemalangan Konvoi Meru Bikerz

 
Sekumpulan penunggang dari Kelab Meru Bikers telah berkonvoi selepas sarapan di R&R Sungei Buluh ke destinasi mereka Cameron Highlands. Rancangan adalah untuk mengguna jalan melalui Simpang Pulai. Bak kata orang, malang tidak berbau. Berhampiran dengan jalan msuk ke tempat rekreasi air panas Lubuk Timah di Keramat Pulai kemalangan berlaku.


Lebih kurang 11.20 am 16 Mei, motosikal Mohd Helmy Jaafar, 39, dari Meru, Klang yang merupakan Presiden Kelab Meru Bikerz hilang kawalan lalu terbabas kedalam longkang disisi jalan. Akibat kecederaan beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Helmy bertugas di Radio Television Malaysia (RTM).

 
 
 
Motosikal tunggangan Mohd Helmy Jenis Yamaha Fazer

 FZ1 di dalam longkang.


 

 
 






Back to Top

Dr.Moto di Valencia, Spain

Dr.Moto di Valencia, Spain



LCR Team Honda sokong Dr. Moto

Dr. Moto kini dalam MotoGP dan akan berlumba di litar sekeliling dunia. Tak, bukan Dr.Moto yang mengendalikan moto tetapi lambang Dr. Moto kini terpampang di fairing motosikal Randy de Puniet dari LCR Tean Honda. Lihat gambar di kanan dan arah jari Randy de Puniet.
 
Syabas Randy dan Lucio Cechinello.  
LCR Team Honda Boleh!


 
 
Untuk pengetahuan,  LCR Team Honda penyokong kuat usaha Dr. Moto dalam keselamatan jalan raya bagi penunggang motosikal di Malaysia.
 
Pesanan Lucio ‘jangan berlumba di jalan raya. Biar pro yang race lah’ katanya.






Back to Top

Lambretta kini berlumba

Lambretta kini berlumba


125cc Kejuaraan Dunia 2010.



 

Lambretta pembuat skuter yang memberi saigan hebat pada Vespa kini menghangatkan litar dalam kejuaraan dunia 125cc. Saya tidak ingat bila Lambretta akhir sekali berlumba. Lumba dalam acara skuter ingatlah tapi kejuaraan dunia? Selepas diselidik Lambretta rupanya pernah berlumba dalam acara 250cc dengan moto V-Twin antara 1950 dan 1953.

Mengimbau keputusan perlumbaan di Qatar dan kemudian di Jerez, terkejut juga melihat jenama Lambretta mengambil bahagian. Walaupun tidak disenaraikan di Qatar tetapi di Jerez mereka menduduki tempat ke-15 dan 22.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya Lambretta akan melancarkan (mungkin sudah) model skuter baru, yang pertama sejak 1970 dan perlumbaan nampak sebagai penghangat.
 
Kita tunggu saja bila Lambretta tiba di Malaysia.

 

 
 






Back to Top

Keputusan MotoGP

Keputusan MotoGP

 

Selepas menduduki tempat ke 6 di pusingan pembukaan di Qatar, Randy de Puniet terus mengekalkan posisinya di pusingan di Jerez. Kami harap Team LCR Honda dan Randy dapat keputusan yang lebih cemerlang di pusingan berikutnya di Perancis.

Untuk melihat lebih gambar pergi ke laman Team LCR Honda

 

 






Back to Top

Ecostail LCR

Ecostail LCR


Perlumbaan moto telah lama dianggap sebagai gaya hidup keterlaluan. Ini kerana dalam mengejar lebih ‘kuasa kuda’ lebih bahan api dibakar. Bukan sahaja di atas litar tetapi cara hidup harian pun dianggap keterlaluan dan tidak mengendahkan alam persekitaran. Enjin lumba dikatakan membakar lebih bahan api dari enjin di atas jalan raya.

Ini semuanya mungkin betul dahulu tetapi hari ini sudah ada yang sedar.  Team LCR Honda  dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka telah mengguna pakai untuk musim ini apa yang dipanggil mereka  ‘LCR Ecostyle’ . Dengan ini LCR akan menjalankan tanggung jawab sosial mereka dengan mengurangkan kesan impak aktiviti mereka ke atas alam sekitar. Mereka yakin bahawa kesan lumba moto ke atas persekitaran tidak boleh diabaikan lagi. Dengan Ecostyle mereka akan menjalankan aktiviti mereka secara mesra alam, menghormat dunia dan persekitaran kita dan mengambil kira segala kesan yang mungkin timbul ke atas persekitaran. Dengan ecostyle juga

Team LCR Honda mensasar untuk mempertingkatkan kualiti hidup tanpa melupakan isu-isu persekitaran.

Dr.Moto ingin mengucapkan syabas kepada Team LCR Honda  kerana berani mengambil tindakan yang amat bertanggung jawab ini dan harapan kami lebih banyak pasukan lumba akan mengekori jejak Team LCR Honda ini.


 






Back to Top

Pelik Tapi Benar

Pelik Tapi Benar

27 Apr 2010

 

Kami menerima berita yang mengatakan bahawa di Tangerang Indonesia belaku satu pelanggaran antara motosikal dan sebuah pesawat. Pertembungan antara motosikal dan kereta biasa kita dengar begitu juga dengan kenderaan darat yang lain, malah pertembungan motosikal dan keretapi juga kerap didengar, tetapi bagaimana dengan pesawat udara. Ia berlaku di lapangan terbang Curug dimana penunggang motosikal tersebut yang melalui landasan sebagai jalan pintas dan pada ketika itu pesawat sedang mendarat. Juruterbang tidak dapat mengelak dan merempoh motosikal tersebut. Dua orang maut (mungkin penunggang dan pembonceng). Juruterbang dan seorang lagi didalam kapal terbang kecil tersebut cedera dan dibawa ke hospital.


 

 
 






Back to Top

Malang Berbudi

Malang Berbudi

27 Apr 2010



 

Seorang budak di Delhi Barat India dipukul oleh orang ramai sehingga Polis yang tiba membawanya ke Hospital. Dia disyaki mencuri motosikal. Menurut mangsa dia diminta oleh seseorang tolong menolak motosikalnya yang susah nak hidup. Tuan punya motosikal dan orang ramai yang nampak budak tersebut menolong menolak motosikal menyangka yang dia adalah rakan si pencuri. Lain kali nak tolong orang hati hati ya.

 

 

 




 

 

Back to Top



 
Berita  Bermotosikal  Keselamatan  |  Sukan Moto  |  Niaga  Acara
News  |  Motorcycling  |  Safety  |  Sports  |  Biz  |  Events
 

Copyright © 2009-2010 drmoto.com.my
Designated brands & trademarks sre the property of the respective owners