drmoto.com.my
Biar prO yaNg Race Lah !!!
News & Events      Bisnes
Print this pageAdd to Favorite
 


 
 


Niaga

Kandungan:-

Moto Morini – Di Penghujung Hayat

Moto Morini – Di Penghujung Hayat ...


Jika anda ingat, kami ada membawa berita bahwa syarikat motosikal Moto Morini mungkin di ambil alih oleh Paolo Berlusconi dan sekaligus menyelamatkan Moto Morini dari kepupusan. Paolo telah membuat tawaran yang lumayan dengan pelan pelan pemulihan Morini.
 
Tetapi malangnya kesatuan pekerja Morini (dibawah undang undang Itali mereka berhak) menolak tawaran Paolo. Paolo kemudiannya memperbaiki tawarannya tetapi juga ditolak oleh kesatuan. Paolo hilang minat dan keluar dari terus berunding dan segala harapan untuk menyelamatkan sebuah syarikat motosikal yang penuh dengan sejarah hancur.
 
Sekarang segala harapan untuk menyelamatkan Morina tidak dapat dilakukan kerana selain Berlusconi tidak ada pihak lain yang berminat.
 
Jika anda ada RM 10 juta dalam kocek dan mahu menjadi sebahagian sejarah permotosikalan,  buatlah tawaran anda!
 
Siapa tahu anda mungkin jadi pemilik sebuah syarikat yang penuh dengan sejarah.
 
Kalau tak tahu nak menguruskannya     Dr. Moto boleh membantu.
 






Back to Top

Moto kecil MV

Moto kecil MV


Kedengaran dari Amerika Syarikat bahawa MV mungkin mengeluarkan motosikal berkapasiti rendah tidak lama lagi. Mungkinkah ini sebabnya mereka membuka gedung di Seoul dan tidak lama lagi di Kuala Lumpur? Kalau dipandang dari segi logik memang munasabah. Apabila moto sudah siap, infrastuktur pasaran sudah siap.

Tetapi kenapa Korea? Adakah moto kecil ini akan dibuat disana?

Untuk menakloki Asia, motosikal perlu yang kecil dan tidak begitu mahal, dan Korea memenuhi syarat ini.
 
Kita tunggu dan lihat


 


 

 



 
 





Back to Top

MV Agusta-Korea dan moto kecil

MV Agusta-Korea dan moto kecil

 
 
MV Augusta, yang masih di miliki oleh Harley, membuka gedung khusus untuk MV Augusta di Seoul dan secara langsungnya ke Asia. Gedung mewah di jalankan oleh Motoquad dari Koreas Selatan.
 
Terletak di kawasan segi tiga emas Seoul, gedung 5 tingkat diberi nama  ‘Motorcycle & Coffee’. Dipamerkan adalah motosikal MV, pakaian dan perkakasan lain. Juruteknik terlatih juga berada jika ada yang memerlukan perkhidmatan mereka.
 
Semasa pelancaran, disebut bahawa gedung kedua mereka di Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi. 
 
Mungkin ini berkaitan dengan cadangan pengeluaran moto kecil MV.


 


Back to Top

Morini Ditolak

Berlusconi belum dapat beli Moto Morini

Dapat ke tidak Paolo Berlusconi membeli Moto Morini masih jadi  tanda tanya. Ini kerana cadangan beliau ditolak Kesatuan Kerja Morini walaupun Paolo menjamin mengambil 20 pekerja lama dan pengeluaran di Morini akan ditingkat dan 37 pekerja lain diberi pampasan.

Berlusconi dijangka membuat cadangan baru dalam masa terdekat.

 






Back to Top

MadAss 125 Sudah Tiba

 

MadAss 125 Sudah Tiba

Pertama kali mendengar nama MadAss adalah pada awal 2001 apabila Sach dari Jerman melancrakan moto 50cc tersebut. Ramai yang berkata ia ala Honda Monkee terdahulu tetapi jika menunggangnya persepsi anda tentu bertukar. Di rantau ini Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia ( jenama Minerva MadAss 125) telah dijual sejak 2008 lagi. Tapi tidak apa asalkan ada peluang untuk memilikinya.

MadAss direkacipta diJerman oleh Sachs. Bagi mereka yang tidak tahu Sachs merupakan pembuat motosikal Jerman yang telah membina motosikal sejak 100 tahun lalu. Sachs kini di buat di China setelah syarikat China FYM mengambil alih. Syarikat Sachs masih beroperasi di Jerman Cuma hak milik bertukar tangan.

 
 

Mofaz baru sahaja melancarkan Momos MadAss 125 dengan harga yang menarik ia itu kurang dari RM6000 ( sila hubungi Mofaz jika berkenan). Enjin MadAss adalah 125cc satu selinder dengan 4 injap yang menjana 11 kuasa kuda. Enjin mengguna penyejuk angin dan selinder disusun semacam Honda Monkee, Cub dan sebagainya. Jika diteliti anda pasti nampak bagaimana kerangka utama, ayunan belakang dan penyerap hendakan belakang di susun selari. Ini kerana sebarang hentakan dibelakang dapat diserap dihadapan oleh penyerap 43mm.

 
 

Menghentikan moto menggunakan cakera depan 260mm dan belakang 215mm dibantu dengan tayar profil rendah 90/90 hadapan dan 120/80 belakang yang dipasang pada rim 16-inci aluminum lebur. Moto ini bukan moto mini atau untuk kanak kanan kerana ketinggian pelana 33.7 in dari lantai memang sesuai untuk dewasa. Bahan api di simpan didalam kerangka yang boleh menyimpan hampir 1 gelen.

 
 
 

 

Enjin dan tranmisi
Kapasiti: 124.00 cc
Selinder: Satu
Lejang: 4
Sistem Bahan Api: Carburettor
Injap/selinder: OHC 4injap
Penghidup: Electrik & tendang
Penyejuk: Angin
Gear: 4-kelajuan
Pancuan: Rantai
Berat Kering: 100.0 kg
Panjang: 1,815 mm

Lebar: 720 mm
Kelajuan: 90.0 km/h



 

 

 





Back to Top

Moto Morini

 

Moto Morini

19 May 2010
 

Paolo Berlusconi adik kepada Perdana Menteri Itali baru baru ini telah membeli Moto Morini dikatakan sedang mengintai untuk membeli MV Agusta. Paolo membayar 2.5 Juta Euros (  RM 9.9 juta) untuk membeli  buy Moto Morini.

Masaalah kewangan Morini diketahui umum sejak beberapa tahun yang lampau dan pada bulan September 2009 Morini mengistihar diri mereka muflis.  Dibawah undang undang Itali sesebuah syarikat yang mengistihar diri muflis diberi kelonggaran 6 bulan untuk tidak melangsai sebarang hutang, mencari dana, menglupuskan segala stok yang ada dan juga menunaikan oder yang masih belum ditunai.

 
 

Paoli mendapat kilang Morini,segala kelengkapan kilang dan juga pejabat, hak atas nama dan harta intelek dan segara rekaan yang lepas ataupun yang terkini.

Paolo Berlusconi sudah mempunyai Garelli ( sebuah jenama motosikal Itali yang membuat motosikal dibawah 150cc). Jika dia berjaya membeli MV Paolo akan menjadi pemain yang penting dalam dunia motosikal.  

 

 

 
 






Back to Top

Triumph Ikat Marlon Brando


Triumph Ikat Marlon Brando


Apa ada pada nama? Ya jika nama itu nama saya atau anda memang tidak ada apa-apa. Tetapi jika nama anda Marlon Brando, ia mempunyai karisma untuk memikat walaupun si empunya nama sudah lama meninggal. Triumph baru-baru ini telak mengikat kontrak lumayan dengan pewaris Brando untuk mengguna nama pelakon ‘The Wild One’ ini tas jeket-jeket keluaran Triumph.
 
Jeket yang dicadang dikeluarkan adalah replika jeket yang diguna Brando dalam filem tersebut.  Dalam filem itu Brando menunggang motosikal Triumph.
 

 






Back to Top

Motosikal Ossa

Bangun dari Kubur  .......     

Motosikal Ossa.

Ossa, satu jenama yang begitu popular dahulu dan menghentikan pengeluaran motosikal dalam tahun 70an kini kembali semula di dunia motosikal.  Ramai yang tidak menyangka kedatangan Ossa kali ini. Ossa kini mula mengeluarkan satu model TR280i untuk kegunaan trial. 
 

1,250 buah dijangka dibina tahun ini dan untuk tahun depan ini mungkin ditingkatkan ke 3000 buah. Ossa juga bercadang mengeluarkan model kedua iaitu model enduro tidak lama lagi. Mungkin Ossa akan mempamerkan prototype di pertunjukan EICMA tahun ini?




Back to Top

India vs Austria untuk KTM

 

India vs Austria untuk KTM

 


    

Baru baru ni kami ada membawa berita bahawa syarikat Bajaj dari India akan mengambil alih syarikat KTM dengan pembelian saham. Nampaknya ini tidak akan berlaku kerana keengganan syarikat berkepentingan dalam KTM iaitu CROSS Industries tidak bersetuju untuk melupuskan saham mereka.
 
Mungkin Bajaj kena tunggu lebih lama lagi

 






Back to Top

Mahindra akan keluar Moto besar

 

Mahindra akan keluar Moto besar

 

Mahindra dan Mahindra (M&M) bercadang untuk mengeluarkan moto besar di India dan sedang dalam perbincangan dengan Triumph dan Moto Guzzi.

Sayap motosikal Mahindra, Mahindra Two Wheelers juga bercadang untuk melancar moto dalam kelas 110-125cc tidak berapa lama lagi.

Moto 110-125 direka oleh Mahindra dengan kerjasama syarikat Itali dan SYM dari Taiwan.

Buat masa kini Mahindra hanya mengeluarkan skuter.

 

 
 

 

 
 






Back to Top

Bajaj di tawar 90% pegangan KTM

 

Bajaj di tawar 90% pegangan KTM

Ura ura bahawa Bajaj akan mengambil alih pengurusan KTM dari Austria nampaknya akan menjadi kenyataan. Bajaj telah menerima tawaran untuk mengambil 90% pegangan dalam KTM.

Bajaj dilapor menerima tawaran tersebut tetapi belum dilaksanakan. Bajaj dikatakan akan mengambil 51% dahulu dan bila baki akan diambil alih belum diumumkan.

 






Back to Top

Motosikal Buell

 

Motosikal Buell

 

Baru baru ini kami telah membawa berita bahawa Harley Davidson telah memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Sejak mula dikeluarkan 26 tahun lalu sebanyak 130,000 Buell berjaya dikeluarkan.  Berita terkini sebuah syarikat lelongan telah diberi tanggungjawab untuk menjual kesemua aset dikilang Buell pada 28hb.Januari 2010.  Jika anda teringin hendak menyimpan sebahagian sejarah Buell, inilah peluang anda. Antara barangan yang akan dilelong adalah komputer, tangki dan lain-lain alat moto, enjin dan juga peralatan-peralatan lain.  

Jika nak pergi alamatnya adalah di Buell Factory, No. 2815 Buell Dr, East Troy,WI..  Jualan akan bermula jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari sehingga habis dijual.  Jika hendak tahu senarai lengkap aset silalah ke laman web www.LiquidAssetPartners.com.
.

 


 

 
 





 

Back to Top

Tiada Tarif untuk dagangan ASEAN

 

Tiada tarif untuk dagangan ASEAN

 
 

 

Enam negara asal ASEAN bersetuju menghapuskan tarif ke atas  7,881 barangan yang didagang antara mereka. Mungkinkah ini bermakna kedudukan ekonomi akan bertambah baik untuk pengeluar dan juga pengguna?

Penghapusan tarif oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand memberi harapan kearah dagangan bebas di keseluruhan ASEAN.  Negara lain dalam ASEAN akan bersama perjanjian ini pada 2015.Apa kesannya pada kita penunggang-penunggang motosikal, perlu kita tunggu dan lihat.
 


 

 
 






Back to Top

Honda Lancar Twister di India

Honda Lancar Twister di India

January 2010

Boleh anda teka berapa unit motosikal dikeluarkan setahun di India? LAPAN JUTA, ya  8,000,000 motosikal setahun. Tetapi moto-moto keluaran India bukan yang jenis superbike tetapi yang jadi pilihan utama adalah yang ekonomi, baik dari segi harga, tahan lama dan jimat minyak.  Jade tidak hairan apabila Honda melancar model Twister yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan mampu memberi sehingga 164 batu untuk segelen ataupun 70 km se liter.


 
     Twister berenjin 110 cc dan diuar-uar akan dijual pada harga Rp 42,000/- atau kurang lebih RM3100/-. Moto baru ini agak canggih reka bentuknya dan tidaklah macam Rajdoot atau Enfield yang sudah sebati dengan penunggang India.Moto baru ini hanya menjana 9 kuasa kuda dan dilengkapi dengan roda enam spoke dan kekotak giar 4 kelajuan.

Dengan kuasa kuda yang begitu rendah pasti pembekal aksesori akan berebut untuk memberi alat alat ganti yang mampu meningkatkan prestasi moto ini untuk mereka yang berminat. Agaknya Honda adakah rancangan untuk membawa model ini ke Malaysia.Ingat zaman Honda S90.







Back to Top

Harley panggil pulang 111,000


Harley panggil pulang 111,000 Motosikal.

 

 

Dikatakan Harley sedang memanggil pulang 111,000 motosikal dan roda tiga. Ia dikatakan meminta semua model  2009 dan 2010 Touring termasuk CVO Touring danTrike pulang supaya dibuat pindaan ke atas bahagian hadapan tangki minyak.

 


 

 
 






Back to Top

Qianjian Motors Limpah $ pada Benelli:

Qianjian Motors Limpah $ pada Benelli:

 
Qianjiang Motors melabur tambahan $26 Juta pada jenama Itali.

BenelliCafe 550.(kiri)

dan Qianjiang (bawah)

Qianjiang Motors dari China, yang menguasai Benelli pada tahun 2005 akan melabur US $26 juta lagi dalam Benelli.

Haimei Yan selaku Pengurus Besar Qianjang  Motors dilapor sebagai berkata bahawa mereka serius dengan pelaburan mereka dalam Benelli dan mahu melihat Benelli maju walaupun ketika ini Benelli masih belum menunjukan keuntungan.
Pelaburan tambahan ini bagi tujuan R&D atas produk baru dan juga untuk masa hadapan.

 
 
 
Haimei Yan berkala sebuah moto 600cc 4 selinder akan diperkenalkan dan ini diharap dapat memberi Benelli keuntungan dalam masa 2 tahun.


Ditanya apakah halangan terbesar baginya dan Yan berkata cara orang Italia menjalankan perniagaan mungkin menjadi halangan tetapi yakin bahawa ini dapat diatasi.

 
 


 

 





Back to Top

Bajaj akan henti keluar skuter

Disember 2009 

Bajaj akan henti keluar skuter

Jenama Bajaj tidak begitu dikenali dinegara kita tetapi ianya harus disegani kerana pengeluaran setahun kilang Bajaj hampit 2 juta unit pada tahun 2008. Ini bukan sembarangan. Penjualan skuter di India telah menurun mendadak dalam tahun 2009 dan Bajaj merancang untuk menghentikan pengeluaran skuter dan memberi tumpuan penuh kepada pengeluaran motosikal.

Bagi peminat wayang Hindi sudah tentu perasan akam skuter yang seakan akan Vespa, itulah Bajaj. Peningkatan taraf ekonomi rakyat India telah melihat ramai yang beralih dari skuter kepada motosikal dan kereta kecil.Itulah sebabnya Bajaj mengambil tindakan tersebut.

Bajaj akan menumpu kepada motosikal seperti Honda Hero,Pulsar dan Discover. Perancangan juga sedia untuk mengeluarkan Kawasaki Ninja250 di India.

Bajaj mempunyai pengkongsian dalam KTM dari Austria.Bajaj memegang  31.7 % saham dalam KTM.KTM dan Bajaj dikatakan sedang menyusun untuk pengeluaran enjin 4 lejang sejukan air berkapasiti 125 dan 250cc.
 

 


 

 
 






Back to Top

Buell henti pengeluaran sementara


Buell henti pengeluaran sementara.


 
Harley Davidson telah lama dalam dunia motosikal dan mereka telah mengharungi segalanya. Turun naik perniagaan sudah sebati pada mereka. Tidak hairan apabila mereka membuat pengumuman berikuttempoh hari. Disebabkan penurunan jualan dan juga perniagaan yang menurun Harley akan;

a) Memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Jualan yang tidak mencapai jangkaan membebankan syarikat induk.

b) Cadang menjual syarikat MV Agusta. Syarikat pembuat motosikal Itali baru dibeli Harley Davidson dalam bulan Julai 2008 pada harga US$109 juta. Mereka akan cuba mengaup kembali pelaburan mereka dalam MV Agusta.

Pada anda yang mempuyai duit kocek yang berlebihan bolehlah membuat tawaran kepada Harley.  Kita di Malaysia mungkin boleh menganga mulut dan mata terbeliak kerana tidak berapa lama dulu Proton menjual MV Agusta dengan harga SATU EURO (kurang/lebih LIMA RINGGIT Malaysia).





Back to Top

Moto Morini Muflis


Moto Morini Muflis

1-Oct-2009


Pengeluar motosikal terkenal dari Itali Moto Morini telah mengistiharkan muflis secara sukarela. Ini berlaku selepas mereka gagal membayar gaji pekerja dan juga pembekal.

Pengistiharan muflis sukarela selalunya berlaku sebelum tindakan menghapuskan harta harta mereka. Tindakan ini juga akan mencetuskan pembelian sebahagian atau pun sepenuhnya syarikat tersebut.

Berita itu mengejutkan industri motosikal bukan sahaja di Itali tetapi didunia. Tiada bayangan yang mereka akan muflis kerana jualan sehingga bulan Ogos telah mengatasi 15% jualan keseluruhan tahun 2008. Kerja kerja atas model model baharu juga tidak nampak kesan kelembapan.

Jika riwayat Morini tamat dengan tindakan ini, ia agak menyedihkan kerana Morini sentiasa ada model yang mewarnai dunia motosikal sejak begitu lama.

Kami akan memberitahu jika ada perkembangan baru. Oh ya jika anda ada duit kocek berlebihan cubalah bida untuk menguasai Morini.  Siapa tahu mungkin ini satu lagi kes Proton menjual MV dengan satu Euro?
 


 
 Corsaro - model terbaru dariMorini.
Back to Top

 
Berita  Bermotosikal  Keselamatan  |  Sukan Moto  |  Niaga  Acara
News  |  Motorcycling  |  Safety  |  Sports  |  Biz  |  Events
 

Copyright © 2009-2010 drmoto.com.my
Designated brands & trademarks sre the property of the respective owners