Malaysia Boleh! Malaysia
Boleh!, kita selalu melaung. Tapi apakah yang kita betul betul boleh buat?
Kita tidak layak untuk
World Cup di Afrika Selatan, kita juga tidak dapat ke bolasepak Olimpik yang
lepas, dalam Formula 1 persembahan kita mengecewaka malah dalam bolasepak
peringkat kawasan kita tidak menyerlah. Mungkin Nicol sahaja, tapi itu hnaya
satu raayat Malaysia.
Bagaimana kita yang lain. Ingat tak se-abad dua yang lalu ada beberapa pemain
dari negara yang mengambil bahagian dalam Piala Merdeka yang berkaki ayam. Kita
ketawakan mereka kerana pemain kita tidak ada yang berkaki ayam. Hari ini
pasukan-pasukan ini lebih kuat dari kita.
Tidak ada perkara yang
kita ketara di hadapan Negara-negara rantau ini kecuali satu ia itu, KEMALANGAN
JALAN RAYA.
TAHUKAH ANDA BAHAWA
BERASASKAN SETIAP 100,000 penduduk kita mencatatkan 31 kematian dan ini adalah
yang tertinggi di dunia!!!!
Angka yang mengejukan ini adalah dari kajian yang
dibuat oleh G.D.Jacobs and Amy Aeron-Thomas. Betul atau tidak kajian ini
penulis tidak dapat memastikan tetapi jika dikira laporan di akhbar-akhbar kita
tentang kematian di jalan raya, mungkin ada juga kebenaran laporan tersebut.
Negara yang hampir
dengan kita adalah Korea Selatan dengan 27 kematian dalam setiap 100,000 penduduk, Amerika Syarikat 16, Jepun
11, India 6 dan China 6.
Apabila ALLAH mencipta
manusia ALLAH memberi kita 2 kaki supaya kita boleh bergerak tetapi ALLAH
menghadkan kelajuan pergerakan yang dapat dilakukan dengan kaki tetapi ALLAH memberi kita OTAK untuk memikir. Jika
kita perlu bergerak lebih pantas ALLAH mengharap kita dapat mengunakan otak
kita untuk memikirkan caranya dan juga cara melindung kita dari kecelakaan jika
berlaku kemalangan. ALLAH boleh memberi kita sayap untuk terbang atau insang
untuk menyelam atau perisai pada badan kita tetapi DIA tidak memberikannya
kerana DIA mahu kita mengunakan OTAK kita.
TAPI adakah kita mengunakan
otak kita apabila memandu atau menunggang? Malangnya ramai yang tidak. Kita
anggap memandu dan menunggang macam kebiasaan sahaja. Keluarkan kunci, masukan
dan pulaskan, enjin hidup, kita masuk gear dan jalan. Tidak berhenti seketika
untuk memikir apa yang perlu dan apa akan dilakukan jika sesuatu berlaku.
Kita tidak berpakaian
yang sesuai bila memandu atau menunggang, kita tidak memakai tali pinggang
keledar atau pun mengikat topi keledar kita kerana kita hanya nak ke kedai
dekat rumah kita. Kita tidak memeriksa keadaan tayar, brek dan alat-alat lain.
Kita tidak kisah jika
kita mengantuk, kerana pejabat mula pukul 8.00 jadi kena kejar masa. Brek tak
berfungsi 100% tak ape kerana kena punch kad diberi keutamaan. Banyak lagi
perkara-perkara yang kita sangka remeh tetapi sebenarnya akan memberi kesan
yang amat berat iaitu kehilangan nyawa.
Jadi kedudukan kita
dalam senarai tertinggi maut/100,000 penduduk tidaklah menghairankan.
Bagaimana
nak mengubah angka ini?. 3 cara;
1. Penduduk yang sudah berkahwin buat
kerja malam lebih sikit. Supaya jumlah penduduk boleh bertambah.
2. Mula hari ini dengan mengambil kira
perkara-perkara remeh berkaitan keselamatan jalan raya yang selalu kita
abaikan.
3. Jangan buat apa-apa termasuk jangan
guna jalan raya.
Cadangan 1 dan 3
mungkin susah nak dicapai tetapi perkara 2 boleh dilakukan hari ini juga.
Kepada pengguna jalan raya . Ambil perhatian!
Tiga empat bulan
lagi Hari Raya akan tiba, diharap media-media bermula sekarang untuk mendidik
mereka yang bakal balik kampong akan perihal keselamatan jalan raya. Jangan
beri ruang untuk Ops Sikap mengejutkan
kita lagi.