Jika
anda ingat, kami ada membawa berita bahwa syarikat motosikal Moto Morini
mungkin di ambil alih oleh Paolo Berlusconi dan sekaligus menyelamatkan Moto
Morini dari kepupusan. Paolo telah membuat tawaran yang lumayan dengan pelan
pelan pemulihan Morini.
Tetapi malangnya kesatuan pekerja Morini (dibawah
undang undang Itali mereka berhak) menolak tawaran Paolo. Paolo kemudiannya
memperbaiki tawarannya tetapi juga ditolak oleh kesatuan. Paolo hilang minat
dan keluar dari terus berunding dan segala harapan untuk menyelamatkan sebuah
syarikat motosikal yang penuh dengan sejarah hancur.
Sekarang
segala harapan untuk menyelamatkan Morina tidak dapat dilakukan kerana selain
Berlusconi tidak ada pihak lain yang berminat.
Jika anda ada RM 10 juta dalam
kocek dan mahu menjadi sebahagian sejarah permotosikalan, buatlah tawaran anda!
Siapa tahu anda mungkin jadi pemilik sebuah syarikat yang penuh dengan sejarah.
Kalau
tak tahu nak menguruskannya Dr. Moto boleh membantu.
Kedengaran dari Amerika Syarikat
bahawa MV mungkin mengeluarkan motosikal berkapasiti rendah tidak lama lagi.
Mungkinkah ini sebabnya mereka membuka gedung di Seoul
dan tidak lama lagi di Kuala Lumpur?
Kalau dipandang dari segi logik memang munasabah. Apabila moto sudah siap, infrastuktur
pasaran sudah siap.
Tetapi kenapa Korea? Adakah
moto kecil ini akan dibuat disana?
Untuk
menakloki Asia, motosikal perlu yang kecil dan tidak begitu mahal, dan Korea memenuhi
syarat ini.
MV Augusta, yang masih
di miliki oleh Harley, membuka gedung khusus untuk MV Augusta di Seoul dan
secara langsungnya ke Asia. Gedung mewah di
jalankan oleh Motoquad dari Koreas Selatan.
Terletak di kawasan segi tiga emas Seoul, gedung 5 tingkat
diberi nama ‘Motorcycle & Coffee’. Dipamerkan
adalah motosikal MV, pakaian dan perkakasan lain. Juruteknik terlatih juga
berada jika ada yang memerlukan perkhidmatan mereka.
Semasa
pelancaran, disebut bahawa gedung kedua mereka di Kuala Lumpur akan dibuka tidak
lama lagi.
Mungkin ini berkaitan dengan cadangan pengeluaran moto kecil MV.
Dapat
ke tidak Paolo Berlusconi
membeli Moto Morini masih jadi tanda
tanya. Ini kerana cadangan
beliau ditolak Kesatuan Kerja Morini walaupun Paolo
menjamin
mengambil 20 pekerja lama dan pengeluaran di Morini akan ditingkat dan
37
pekerja lain diberi pampasan.
Berlusconi dijangka
membuat cadangan baru
dalam masa terdekat.
Pertama kali mendengar nama MadAss adalah pada awal 2001 apabila Sach dari
Jerman melancrakan moto 50cc tersebut. Ramai yang berkata ia ala Honda Monkee
terdahulu tetapi jika menunggangnya persepsi anda tentu bertukar. Di rantau ini
Singapura, Thailand,
Filipina dan Indonesia
( jenama Minerva MadAss 125) telah dijual sejak 2008 lagi. Tapi tidak apa
asalkan ada peluang untuk memilikinya.
MadAss direkacipta
diJerman oleh Sachs. Bagi mereka yang tidak tahu Sachs merupakan pembuat
motosikal Jerman yang telah membina motosikal sejak 100 tahun lalu. Sachs kini
di buat di China
setelah syarikat China FYM mengambil alih. Syarikat Sachs masih beroperasi di
Jerman Cuma hak milik bertukar tangan.
Mofaz baru sahaja melancarkan Momos MadAss 125 dengan harga yang menarik ia
itu kurang dari RM6000 ( sila hubungi Mofaz jika berkenan). Enjin MadAss adalah
125cc satu selinder dengan 4 injap yang menjana 11 kuasa kuda. Enjin mengguna
penyejuk angin dan selinder disusun semacam Honda Monkee, Cub dan sebagainya.
Jika diteliti anda pasti nampak bagaimana kerangka utama, ayunan belakang dan
penyerap hendakan belakang di susun selari. Ini kerana sebarang hentakan
dibelakang dapat diserap dihadapan oleh penyerap 43mm.
Menghentikan moto menggunakan cakera depan 260mm dan belakang 215mm dibantu
dengan tayar profil rendah 90/90 hadapan dan 120/80 belakang yang dipasang pada
rim 16-inci aluminum lebur. Moto ini bukan moto mini atau untuk kanak kanan
kerana ketinggian pelana 33.7 in dari lantai memang sesuai untuk dewasa. Bahan
api di simpan didalam kerangka yang boleh menyimpan hampir 1 gelen.
Enjin dan tranmisi
Kapasiti: 124.00 cc
Selinder: Satu
Lejang: 4
Sistem Bahan Api: Carburettor
Injap/selinder: OHC 4injap
Penghidup: Electrik & tendang
Penyejuk: Angin
Gear: 4-kelajuan
Pancuan: Rantai
Berat Kering: 100.0 kg
Panjang: 1,815 mm
Paolo
Berlusconi adik kepada Perdana Menteri Itali baru baru ini telah membeli Moto
Morini dikatakan sedang mengintai untuk membeli MV Agusta. Paolo membayar 2.5 Juta
Euros ( RM 9.9 juta) untuk membeli buy Moto Morini.
.
Masaalah kewangan Morini diketahui umum sejak beberapa tahun
yang lampau dan pada bulan September 2009 Morini mengistihar diri mereka
muflis. Dibawah undang undang Itali
sesebuah syarikat yang mengistihar diri muflis diberi kelonggaran 6 bulan untuk
tidak melangsai sebarang hutang, mencari dana, menglupuskan segala stok yang
ada dan juga menunaikan oder yang masih belum ditunai.
Paoli mendapat kilang Morini,segala
kelengkapan kilang dan juga pejabat, hak atas nama dan harta intelek dan segara
rekaan yang lepas ataupun yang terkini.
Paolo Berlusconi sudah mempunyai Garelli ( sebuah jenama
motosikal Itali yang membuat motosikal dibawah 150cc). Jika dia berjaya membeli
MV Paolo akan menjadi pemain yang penting dalam dunia motosikal.
Apa ada pada nama? Ya jika nama
itu nama saya
atau
anda memang tidak ada apa-apa. Tetapi jika nama anda Marlon Brando,
ia
mempunyai karisma untuk memikat walaupun si empunya nama sudah lama
meninggal.
Triumph baru-baru ini telak mengikat kontrak lumayan
dengan pewaris Brando untuk
mengguna nama pelakon ‘The Wild One’ ini
tas jeket-jeket keluaran Triumph.
Jeket
yang dicadang dikeluarkan adalah replika jeket yang diguna Brando dalam
filem
tersebut. Dalam filem itu
Brando menunggang motosikal
Triumph.
Ossa, satu jenama yang begitu popular dahulu
dan
menghentikan
pengeluaran motosikal dalam tahun 70an kini kembali semula di
dunia
motosikal. Ramai yang tidak
menyangka kedatangan Ossa kali ini.
Ossa kini mula mengeluarkan satu
model TR280i untuk kegunaan trial.
1,250
buah dijangka dibina tahun ini dan untuk
tahun depan ini mungkin
ditingkatkan ke 3000 buah. Ossa
juga bercadang
mengeluarkan model kedua iaitu model enduro tidak lama
lagi. Mungkin Ossa akan
mempamerkan prototype di pertunjukan EICMA
tahun
ini?
Baru baru ni kami ada membawa berita bahawa
syarikat
Bajaj dari India akan mengambil alih syarikat KTM dengan pembelian
saham. Nampaknya
ini tidak akan berlaku kerana keengganan syarikat berkepentingan
dalam
KTM iaitu CROSS Industries tidak bersetuju untuk melupuskan saham
mereka.
Ura ura bahawa Bajaj akan mengambil alih pengurusan KTM dari Austria
nampaknya akan menjadi kenyataan. Bajaj telah menerima tawaran untuk
mengambil 90% pegangan dalam KTM.
Bajaj dilapor menerima tawaran tersebut tetapi belum dilaksanakan.
Bajaj dikatakan akan mengambil 51% dahulu dan bila baki akan diambil
alih belum diumumkan.
Baru baru ini kami telah membawa berita bahawa
Harley Davidson telah
memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Sejak mula dikeluarkan 26
tahun lalu sebanyak 130,000 Buell berjaya dikeluarkan. Berita terkini
sebuah syarikat lelongan telah diberi tanggungjawab untuk menjual
kesemua aset dikilang Buell pada 28hb.Januari 2010. Jika anda teringin
hendak menyimpan sebahagian sejarah Buell, inilah peluang anda. Antara
barangan yang akan dilelong adalah komputer, tangki dan lain-lain alat
moto, enjin dan juga peralatan-peralatan lain.
Jika nak pergi alamatnya adalah di Buell Factory, No. 2815 Buell Dr,
East Troy,WI.. Jualan akan bermula jam 10 pagi hingga 7 malam setiap
hari sehingga habis dijual. Jika hendak tahu senarai lengkap aset
silalah ke laman web www.LiquidAssetPartners.com.
Enam negara asal ASEAN bersetuju menghapuskan tarif ke atas
7,881 barangan yang didagang antara mereka. Mungkinkah ini bermakna
kedudukan ekonomi akan bertambah baik untuk pengeluar dan juga pengguna?
Penghapusan
tarif oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan
Thailand memberi harapan kearah dagangan bebas di keseluruhan ASEAN.
Negara lain dalam ASEAN akan bersama perjanjian ini pada 2015.Apa kesannya pada kita
penunggang-penunggang motosikal, perlu kita tunggu dan lihat.
Boleh anda teka berapa
unit motosikal dikeluarkan setahun di India? LAPAN JUTA, ya 8,000,000
motosikal setahun. Tetapi moto-moto keluaran India bukan yang jenis
superbike tetapi yang jadi pilihan utama adalah yang ekonomi, baik dari
segi harga, tahan lama dan jimat minyak. Jade tidak hairan apabila
Honda melancar model
Twister yang mempunyai
reka bentuk yang menarik dan mampu memberi sehingga 164 batu untuk
segelen ataupun 70 km se liter.
Twister berenjin 110 cc
dan diuar-uar akan dijual pada harga Rp 42,000/- atau kurang lebih
RM3100/-. Moto baru ini agak canggih reka bentuknya dan tidaklah macam
Rajdoot atau Enfield yang sudah sebati dengan penunggang India.Moto baru
ini hanya menjana 9 kuasa kuda dan dilengkapi dengan roda enam spoke
dan kekotak giar 4 kelajuan.
Dengan kuasa kuda yang begitu rendah pasti
pembekal aksesori akan berebut untuk memberi alat alat ganti yang mampu
meningkatkan prestasi moto ini untuk mereka yang berminat. Agaknya Honda
adakah rancangan untuk membawa model ini ke Malaysia.Ingat zaman Honda
S90.
Dikatakan Harley sedang
memanggil pulang 111,000 motosikal dan roda tiga. Ia dikatakan meminta
semua model 2009 dan 2010 Touring termasuk CVO Touring danTrike pulang
supaya dibuat pindaan ke atas bahagian hadapan tangki minyak.
Qianjiang Motors melabur
tambahan $26 Juta pada jenama Itali.
BenelliCafe 550.(kiri)
dan Qianjiang (bawah)
Qianjiang Motors dari
China, yang menguasai Benelli pada tahun 2005 akan melabur US $26 juta
lagi dalam Benelli.
Haimei Yan selaku Pengurus Besar Qianjang Motors dilapor sebagai
berkata bahawa mereka serius dengan pelaburan mereka dalam Benelli dan
mahu melihat Benelli maju walaupun ketika ini Benelli masih belum
menunjukan keuntungan.
Pelaburan tambahan ini bagi tujuan R&D atas produk baru dan juga
untuk masa hadapan.
Haimei Yan berkala sebuah moto 600cc 4
selinder akan diperkenalkan dan ini diharap dapat memberi Benelli
keuntungan dalam masa 2 tahun.
Ditanya apakah halangan terbesar baginya dan Yan berkata cara orang
Italia menjalankan perniagaan mungkin menjadi halangan tetapi yakin
bahawa ini dapat diatasi.
Jenama Bajaj tidak
begitu dikenali dinegara kita tetapi ianya harus disegani kerana
pengeluaran setahun kilang Bajaj hampit 2 juta unit pada tahun 2008. Ini
bukan sembarangan. Penjualan skuter di India telah menurun mendadak
dalam tahun 2009 dan Bajaj merancang untuk menghentikan pengeluaran
skuter dan memberi tumpuan penuh kepada pengeluaran motosikal.
Bagi peminat wayang Hindi sudah tentu
perasan akam skuter yang seakan akan Vespa, itulah Bajaj. Peningkatan
taraf ekonomi rakyat India telah melihat ramai yang beralih dari skuter
kepada motosikal dan kereta kecil.Itulah sebabnya Bajaj mengambil
tindakan tersebut.
Bajaj akan menumpu kepada motosikal
seperti Honda Hero,Pulsar dan Discover. Perancangan juga sedia untuk
mengeluarkan Kawasaki Ninja250 di India.
Bajaj mempunyai pengkongsian dalam
KTM dari Austria.Bajaj memegang 31.7 % saham dalam KTM.KTM dan Bajaj
dikatakan sedang menyusun untuk pengeluaran enjin 4 lejang sejukan air
berkapasiti 125 dan 250cc.
Harley Davidson telah
lama dalam dunia motosikal dan mereka telah mengharungi segalanya. Turun
naik perniagaan sudah sebati pada mereka. Tidak hairan apabila mereka
membuat pengumuman berikuttempoh hari. Disebabkan penurunan jualan dan
juga perniagaan yang menurun Harley akan;
a) Memberhentikan pengeluaran motosikal Buell. Jualan yang
tidak mencapai jangkaan membebankan syarikat induk.
b) Cadang menjual syarikat MV Agusta. Syarikat pembuat
motosikal Itali baru dibeli
Harley Davidson dalam
bulan Julai 2008 pada harga US$109 juta. Mereka akan cuba mengaup
kembali pelaburan mereka dalam MV Agusta.
Pada anda yang mempuyai duit kocek yang berlebihan bolehlah
membuat tawaran kepada Harley. Kita di Malaysia mungkin boleh menganga
mulut dan mata terbeliak kerana tidak berapa lama dulu Proton menjual MV
Agusta dengan harga SATU EURO (kurang/lebih LIMA RINGGIT Malaysia).
Pengeluar motosikal terkenal dari Itali Moto Morini telah
mengistiharkan muflis secara sukarela. Ini berlaku selepas mereka gagal
membayar gaji pekerja dan juga pembekal.
Pengistiharan muflis sukarela selalunya berlaku sebelum
tindakan menghapuskan harta harta mereka. Tindakan ini juga akan
mencetuskan pembelian sebahagian atau pun sepenuhnya syarikat tersebut.
Berita itu mengejutkan industri motosikal bukan sahaja di
Itali tetapi didunia. Tiada bayangan yang mereka akan muflis kerana
jualan sehingga bulan Ogos telah mengatasi 15% jualan keseluruhan tahun
2008. Kerja kerja atas model model baharu juga tidak nampak kesan
kelembapan.
Jika riwayat Morini tamat dengan tindakan ini, ia agak
menyedihkan kerana Morini sentiasa ada model yang mewarnai dunia
motosikal sejak begitu lama.
Kami akan memberitahu
jika ada perkembangan baru. Oh ya jika anda ada duit kocek berlebihan
cubalah bida untuk menguasai Morini. Siapa tahu mungkin ini satu lagi
kes Proton menjual MV dengan satu Euro?