Langkah yang terbaik untuk mengelak
anda dari melanggar kenderaan di hadapan atau pun di sondol oleh kenderaan di belakang
adalah jarak yang sesuai. Jarak ini memberi anda ruang untuk mengambil tindakan
susulan dan juga ruang untuk bertindak. Ia sebagai kusyen antara anda dan
kenderaan lain. Apakah jarak yang sesuai
dan selamat? Ramai yang mengira jarak mengukut
panjang bas. Jarak yang sesuai kata mereka adalah dua panjang bas. Itu mungkin
betul tetapi pada kelajuan tertentu sahaja. Jarak kita dengan kenderaan lain
tidak sepatutnya dikira dalam unit sukat seperti kaki, meter atau panjang bas. Jarak yang selamat mesti mengikut kelajuan
dan jarak yang paling baik adalah 2 saat dalam cuaca biasa dan 3 saat jika
jalan basah..
“Mengekor kenderaan terlalu rapat” adalah
antara faktor penyebab kemalangan motosikal melanggar kenderaan lain dari
belakang. Di jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan lain anda harus
memberi ruang sekurang kurangnya 2 saat . Macam mana tu?
Cari satu tanda, misalnya tiang
lampu. Sebaik kenderaan di hadapan melintas tiang tersebut mula kira ‘satu ribu
satu, satu ribu dua’ Melafaz ayat ini
akan memakan masa kurang lebih 2 saat. Bila habis melafaz lihat posisi anda.
Jika anda belum sampai ke tiang itu maka anda di posisi selamat tetapi jika
anda telah terlepas tiang tersebut anda berada di posisi merbahaya kerana jika
kereta di hadapan membrek anda tidak ada peluang untuk mengelak. Ini kerana
pemandu yang cekap dapat memberhentikan kenderaan 2 saat.
Perlu
diingatkan bahawa jarak dua saat adalah untuk pemandu/penunggang yang cekap dan
keadaan kenderaan diprestasi tinggi dan jalan pula sempurna. Untuk kita yang
biasa ni lebih selamat jika ditambah satu saat lagi.
Jika cuaca kurang elok tambahkan 1 atau 2 saat lagi mengikut keadaan.
Sedang
Diekori
Jika ada kenderaan mengekori anda
pada jarak yang kurang selesa anda boleh meningkatkan kelajuan anda sehingga
jarak yang selamat atau anda boleh memperlahankan moto dan memberi isyarat
supaya dia memotong. Jika ada lorong kiri yang kosong anda juga boleh menukar
lorong dengan memberi isyarat. Jika tiada lorong yang kosong jangan sekali
meletakan diri anda dalam bahaya dengan memandu di sisi kiri atau kanan lorong
tersebut kerana ini akan menggalakan pemandu tersebut mencelah dan mungkin
menolak anda dari jalan tersebut. Dalam situasi begini cuma tingkatkan kelajuan
dan jika dia masih mengekori cari tempat yang lapang dan baru memberi dia
laluan untuk memotong.
Memotong
1. Posisikan
moto di sebelah kanan lorong
pada jarak yang selamat supaya penglihatan anda jelas . Pastikan tiada
kenderaan di hadapan dan juga di belakang yang mungkin hendak memotong anda.
Beri isyarat dan sebelum memulas pendikit untuk mendapat kelajuan lihat sekali
lagi di cermin sisi kanan untuk memastikan selamat. Akhir sekali lihat di belakang
bahu anda untuk pasti tiada kenderaan dan potong.
2. Jika selamat
bergerak ke lorong kanan anda dan
tingkatkan kelajuan. Bila sudah memotong, kembali ke lorong asal tetapi
pastikan jarak kereta yang anda potong selamat.
3. Bila
berada di lingkungan buta kereta, potong secepat mungkin.
4. Beri
Isyarat dan periksa
cermin sisi kiri bagi memastikan lorong asal anda kosong sebelum kembali ke lorong
asal.
Sentiasa
ingat bahawa memotong bukan boleh dilakukan di mana sahaja. Jika situasi
membenarkan baru boleh memotong !
Dipotong
Apabila anda dipotong dari
belakang pastikan anda berada di
bahagian tengah lorong anda. Ini akan memberi anda ruang jika berlaku sesuatu
seperti tiupan angin dari kenderaan yang memotong tadi.
Elak dari dirempuh :
• Jangan
mencuba nasib. Sedikit kelalaian akan
mengakibatkan anda digesel atau dirempuh kenderaan dari belakang atau tepi.
• Ramai pemandu lupa bahawa cermin sisi
mereka terkeluar lebih dari badan kereta mereka. Jika tiada ruang cermin sisi
boleh mengesel hendel motosikal.
• Barang
buangan dari kereta biasanya
bukan dilakukan oleh pemandu tetapi penumpang yang tidak kisah akibat tindakan
mereka. Tindakan anda mengelak
sampah mungkin menyebabkan kereta dari belakang merempuh anda.
• Tiupan dan
Sedutan dari kenderaan besar
- ini boleh menggugat kestabilan moto anda. Jadi pastikan kedua-dua tangan anda
ada pada handel apabila nampak kenderaan besar hendak memotong.
Pertahan
posisi anda dan jangan mengalih ke kiri atau kanan kerana ini cuma akan membuka
ruang untuk kenderaan dari belakang untuk mencelah.
KONVOI atau Menunggang Berkumpulan
Apabila Syawal hampir tiba ramai antara kita akan
berkonvoi untuk balik kampung. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan sungguh
menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus tahu
bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya ini
ada beberapa petua yang patut di ikuti.
Kumpulan harus kecil
Kumpulan
yang kecil adalah lebih selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain
juga tidak terganggu sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan
kecil. Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua
adalah yang paling berpengalaman antara semua.
Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu
Berkonvoi bukan bermakna bersatu di dalam satu
kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau menunggang
berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan setiap ahli
kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya yang
lain..
•
Rancang — Ketua kumpulan
perlu meninjau jauh kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang
boleh mengugat perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat
bersedia.
•
Orang baru di hadapan — Penunggang yang
kurang berpengalaman perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai
kempulan. Cara ini penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang
kurang berpengalaman.
• Kelajuan — Dalam sesuatu kumpulan mesti
terdapat yang paling perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan
yang paling perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan
menunggang lebih laju dari kemampuannya.
• Tahu
Jalan — Ketua harus memberi taklimat
tentang jalan yang akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat.
Rancang dan beritahu ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan,
solat dan sebagainya sebelum bergerak.
* Jangan
banyak ragam – Ahli kumpulan harus ikut arahan
ketua kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum
bergerak. Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin
tidak secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak
bukan jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.
Jaga Jarak Anda
Jarak
berkumpulan harus dijaga tetapi janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di
jaga adalah;
Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi yang
teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain. Isyarat tangan memadai.
Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua lorong
seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna (
mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri
lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang
penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu
saat belakang dan seterusnya.