Sekali lagi, pihak kami ingin menjemput para pelanggan setia kami untuk
menyertai konvoi GIVI MotoGP 2010.
Marilah mendaftar untuk konvoi MotoGP 2010 dan anda akan diberikan tiket
grand stand serta ditempatkan di kawasan yang dikhaskan untuk Givi untuk melihat
secara langsung aksi pelumba GIVI Randy De Puniet di Litar Sepang.
Disamping itu juga, anda akan menerima cenderamata dari pihak kami
berupa barangan GIVI yang bernilai RM615 dan peluang untuk menyertai dalam
kempen One Million di mana anda berpeluang untuk memenangi sebuah motorsikal
Kawasaki ER-6f."
Randy
dengan pesanan kepada kawan kawan yang akan ke Lacuna Seca dari katil hospital.
.
Penunggang LCR Honda, Randy de Puniet kurang nasib baik apabila kemalangan di GP Jerman
hujung minggu lalu. Seakan jatuh tidak cukup Randy dirempuh oleh penunggang lain yang tidak dapat mengelaknya. Kaki kiri Randy patah di dua bahagian. Randy dikejar
ke hospital dan selepas pembedahan dia sudah cergas semula. Semangat Randy masih tinggi dan diharap dapat beraksi semula di Brno.
‘Randy, kami di drmoto.com. mydan semua pengikut mendoakan supaya anda cepat sembuh..’
Ketika kemalangan berlaku
Randy diangkat dalam ambulan.
Lucio Cechinello sentiasa berada di sisi Randy
Pandangan lain. Randy diatas katil hospital. Lihat balutan dikaki Randy.
Penunggang Team LCR Honda Moto GP Randy De Puniet mendapat
posisi yang terbaik musim ini dengan menduduki tempat ke 4 di Grand Prix Catalunya
sepanjang 25 pusingan. Walaupun suhu di litar mencecah 35 darjah C, Puniet agak
tenang menghadapi cuaca panas tersebut.
Dengan kedudukan ke 4 posisi Puniet secara keseluruhan
meningkat ke tempat ke 5 dengan 69 mata.
Wakil
tunggal Malaysia
di Moto GP Mohd Zulfahmi Khairuddin mendapat matanya yang pertama apabila
menghabis perlumbaan di Catalunya di posisi ke 15.
Kecuali 1 perlumbaan
dimana Zulfahmi tidak dapat menghabiskan perlumbaan keseluruhan nya dia telah
menunjukan peningkatan yang baik.
Dengan
rasa rendah diri Zulfahmi berkata kemungkinan cuaca terik di Catalunya
membantunya. Saya rasa macam di Malaysia
sahaja kata nya. Tetapi bagi mereka yang mengikuti perlumbaan moto GP akan
mengaku bahawa Zulfami telah menunjukan peningkatan jika dibanding pada
perlumbaan pertama dahulu. Kami mendoakan kejayaan Zulfahmi digelangang MotoGP
dunia ini.
Selepas
menduduki tempat ke 6 di pusingan pembukaan diQatar,
Randy de Puniet
terus mengekalkan posisinya di pusingan di Jerez. Kami harap Team LCR Honda
dan Randy dapat
keputusan yang lebih cemerlang dipusingan berikutnya
di Perancis.
Untuk melihat lebih gambar pergi
ke laman
LCR Honda.
Dr. Moto kini
dalam
MotoGP dan akan berlumba di litar sekeliling dunia. Tak, bukan Dr.Moto
yang
mengendalikan moto tetapi lambang Dr. Moto kini terpampang di fairing
motosikal
Randy de Puniet dari LCR Tean Honda. Lihat gambar atas dan arah jari
Randy
de Puniet.
Syabas Randy dan Lucio Cechinello.
LCR
Team
Hona Boleh!
Untuk
pengetahuan, LCR
Team Honda penyokong kuat
usaha Dr. Moto
dalam keselamatan jalan raya bagi penunggang motosikal
di Malaysia. Pesanan Lucio,
Akibat
letupan gunung berapi di Iceland, langit di utara Eropah
diselubungi
habuk dan debu yang membuatkan perjalanan udara tidak selamat.
Kesemua
syarikat penerbangan telah membatalkan penerbangan mereka masuk dan
keluar
tempat yang terlibat. MotoGP yang berikutnya,
yang sepatutnya diadakan pada
23-25 April ini terpaksa ditunda
kepada tarikh yang lain.
Tarikh
3 hb Oktober
telah dicadangkan dan ini adalah seminggu sebelum GP di
Sepang.
Selepas
menunggu begitu lama peminat peminat
lumba moto sudah tentu menunggu khabar
tentang pelumba kita di Moto
GP
125. Semua sudah maklum bahawa penunggang kita
Zulfahmi sudah
berada
di Eropan untuk beberapa ketika bagi penyesuaian diri.
Zulfahmi
tidak
mendukacitakan kita semua. Dalam sesi ujian masa pada menentukan
kedudukan
grid Zulfahmi mampu mencatatkan masa 2 minit 10.253 saat untuk
kedudukan
ke 17 belas antara 26 pelumpa kesemuanya. Zulfahmi merupa satu dari
dua
pelumba Asia yang mengambil bahagian dalam
125GP. Seorang lagi tu
adalah
Koyama dari Jepun. Pelumba 24 orang yang lain
kesemuanya dari
Eropah.
Perlumbaan
dijangka
bermula pada pukul 8.00 malam waktu Qatar. Ya perlumbaan akan diadakan
dibawah
sinaran lampu dan bulan. Sama sama kita mendoakan kejayaan dan
keselamatan
Zulfahmi.
Dengar dengar Muhammad Zulfahmi sudah pasti akan
mengambil
bahagian
dalam 125GP dunia musim 2010 yang akan datang ini.
Zulfahmi
dikatakan
akan ditaja sepenuhnya bagi sekemua perlumbaan
2010 yang
bermula di Litar
Losail Qatar
pada 11hb April 2010.
Syabas
kepada Zulfahmi kerana dapat tempat dalam acara
ini, tapi
harus
ingat setiap pelumbaan ada saringannya dan Zul harus mencapai
taraf
yang di perlu sebelum dapat mengambil bahagian dalan acara betulnya.
Ini
tentu
akan memberi tekanan yang kuat terhadap Zulfahmi. Tanggung
jawab
yang
akan dipikul Zulfahmi sangat berat. Bukan sahaja mesti
mencapai
impian sendiri
tetapi juga impian penaja utama dan juga
impian
negara terutama impian berjuta
peminat di negara sendiri.
Zulfahmi
harus kuatkan semangat berganda ganda
kerana bukan sahaja
ini
tugas yang baru dipelopori tetapi arenanya bertukar
setiap dua
tiga
minggu. Tambah pula dibawah pasukan asing (Ongetta Racing) di
mana
rata rata kesemua dalam pasukan adalah mat salleh semuanya.
Team
Ongetta adalah satu
pasukan yang besar dan tumpuan
untuk individu
mungkin berkurangan
jadi Zul harus bersikap daya saing yang
tinggi.
Dalam 125 Ongetta
ada 3 lagi penunggang ia itu Sturla Fagerhaug dari
Norway,
Jonas
Folger dari Jerman dan Alexis Masbou dari Perancis.
Jonas Folger
merupakan
penunggang 2009 Ongetta. Pelumba pelumba
merupakan pasukan
antarabangsa
tetapi staf staf pasukan hampir
kesemuanya adalah dari Itali.
Zulfahmi
akan berdepan dengan adat
resam yang berbeza,
bahasa yang pelik
dan makanan yang betul betul
tidak terbayang, belum fikir
pasal
halal dan haramnya. Jangan pula
Zul nak makan mee segera sahaja
ataupun
makan roti dan biskut sahaja.
Kesihatan perlu dijaga
supaya minda dan badan
sentiasa sihat.
Dr.Moto
menambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat
berjaya kepada
Zulfahmi. Pesanan akhir saya
harap Zulfahmi jangan lupa solat
dan
sentiasa berdoa kepada Illahi
dan saya dan saya percaya semua peminat
moto
diMalaysia juga akan
berdoa untuk kejayaan Zulfahmi.
Oh
ya , buka akaun di
facebook dan myspace supaya
peminat
dapat
berhubung, mana tau mungkin hilang sedikit kerinduan
pada kampung.
FIM , badan yang berjuasa atas sukan
motosikal
dunia telah
menetapkan bahawa musim 2012 had kapasiti
maksima
MotoGP adalah 1000cc.
Jumlah selinder pula dihadkan kepada
maksima
4 dan ukuran maksima bore
adalah 81mm ( enjin 4 selinder) .
Matlumat
penuh akan diumum kemudian.
Kapasiti MotoGP telah berubah
beberapa
kali sejak menukar dari 2
lejang ke 4 lejang. Seketika
dahulu
1000 cc diguna pakai tetapi atas
sebab tayar had kapasiti
diturunkan.
Apakah tayar tidak lagi bermasaalah
atau apakah sebab
sebab
lain.