drmoto.com.my
Laman      Rencana

SYABAS DATIN SERI ROSMAH

33 bekas Mat Rempit lulus

29 June 2010 - Bangi

                                   

                                

Jika dilihat muka setiap dari 33 bekas Mat Rempit pada hari tamat kem Belia Perkasa, anda tidak akan menyangkakan bahawa pemuda-pemuda ini adalah bekas Mat Rempit.  Sesuatu yang baik mesti telah berlaku di Kem tersebut.  Muka-muka Mat Rempit yang garang, tidak kemas, rambut tidak dijaga, jari kotor dan bahasa-bahasa kasar telah hilang dari semua 33 pemuda-pemuda ini.

Penaung program Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sijil kepada semua peserta sebagai mengiktiraf bahawa mereka ini telah menghabis dan menamatkan latihan selama 3 bulan dengan jaya. Semasa 3 bulan tersebut peserta-peserta telah menghadiri 5 kem berasingan bagi membina kekuatan mental dan fisikal.

Dalam ucapan Datin Seri, saya tertarik dan tersentuh akan dua perkara yang disebut Datin Seri.

1. Bahawa KITA  (saya percaya ini dimaksudkan kepada kita semua dan bukan pihak penanjur sahaja) tidak berputus asa ke atas pemuda-pemuda kita yang kadang-kadang nakal.

2. Pemuda-pemuda ini tidak harus dihantar ke penjara kerana akibatnya pemuda ini apabila keluar dari penjara akan menjadi lebih teruk kerana bercampur dengan penjenayah-penjenayah tegar di penjara. Tujuan asal untuk mendidik tidak akan tercapai.

Remaja-remaja antara umur 15 sehingga lewat 20’an memang semula jadinya sedikit nakal dan mereka suka menerima cabaran dan juga akan mengambil risiko yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian.  Bagi Mat Rempit, motosikal adalah medium dalam aktiviti mereka kerana moto senang diperolehi dan dibeli.  Jika satu hari kelak apabila negara mencapai status pendapatan tinggi dan semua rakyat mampu membeli kereta, mungkin kereta pula menjadi medium bagi melakukan aktiviti-aktiviti risiko tinggi ini.

Kami berharap program seperti ini diteruskan dan mungkin remaja-remaja yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil lain dipertimbang untuk menghadiri kem ini..

Remaja Malaysia amat bertuah kerana mendapat seorang personaliti seperti Datin Seri Rosmah yang betul-betul bertimbang rasa dan tegas untuk memberi pelajaran untuk membaiki diri melalui kem ini.

 

SYABAS DATIN SERI.

 
 
 
 
 




 
  
 
 
 
 
 

Copyright © 2009 -2010 Exanet-M
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.