|
.
Merempit
itu dengan sendirinya adalah aksi yang memerlukan kemahiran dan
kepakaran, kerana bukan sahaja nak mengangkat roda depan itu agak sukar
tetapi ia juga perlu kemahiran untuk mengawal motosikal yang bergerak
dengan satu roda sahaja.
Saya rasa ramai remaja kita
yang kini dilabel sebagai perempit
mempunyai bakat dan kemahiran untuk diasah supaya berkemungkinan
berjaya dalam sukan TRIAL. Saya serahkan semua kepada
kebijaksanaan badan-badan tertentu untuk menilai dan melaksanakan idea
ini. Kepada mereka yang sedang giat merempit dan ingin menyalurkan
tenaga dan kemahiran kearah lain, cubalah TRIAL. Jika anda ahli
pertubuhan belia atau kelab-kelab lain, minta jawatan kuasa anda untuk
menguruskan.
|