1. TRIUMPH T100 GP
Enjin Triumph Tiger 100 GP ini pada asalnya bukan dibuat untuk motosikal tetapi digunakan atas kapal terbang semasa perang dunia kedua sebagai enjin generator. Kerana tidak mahu membebankam kapal terbang enjin dilengkapi dengan pelbagai logam yang kuat tetapi ringan. Antara alat yang ringan pada moto tersebut adalah selinder, kepala selinder, connecting rod, crankcases, omboh, tapet dan banyak lagi. Kerana tidak bergerak selinder enjin tersebut di reka dengan lebih sisir supaya dapat menyejukan enjin. Semasa menggunakan moto ini untuk beberapa tahun saya juga hairan kerana ianya mampu berjalan sepanjang hari tanpa menunjukan kesan kepanasan.