Top 10 atau top apa-apa saja
biasanya terdapat dalam
carta lagu lagu pop sahaja, tapi Dr.Moto
teruja untuk memilih 100
motosikal yang dianggap paling baik dari
beberapa segi seperti 1)
rekaan mengemparkan 2) kegemaraan ramai 3)sukses dalam jualan 4)
sukses dalam sukan 5) berdaya tahan 6) inovatif 7) pelopor sesuatu
bidang
8) pencetus idea.
Keputusan top 100 bukan
kesemuanyadari pengalaman Dr.Moto
menunggang moto moto tersebut
sebaliknya juga berasaskan apa yang dibaca.
Untuk tidak menyentuh
perasaan pengeluar moto Dr.Moto sengaja
mengecualikan moto moto yang
baru masuk pasaran kurang dari 10 tahun.
Keputusan top 100, bukan kesemuanya dari pengalaman Dr.
Moto
menunggang moto-moto tersebut, sebaliknya juga berasaskan apa
yang
dibaca. Untuk tidak
menyentuh perasaan pengeluar moto Dr. Moto sengaja
mengecualikan
moto-moto yang baru masuk pasaran kurang dari 10 tahun.
Jom
kita lihat moto mana menduduki tempat 20 hingga 11.
20. BSA B40 350
Susah nak kenal BSA B40 dari BSA C15. Ini kerana
B40 merupakan model ciptaan dari C15. Pemilik C15 yang berkehendak kuasa
lebih telah meminta BSA meningkatkan kuasa C.15, maka keluarlah BSA
B40. Kapasiti 343cc di capai dengan menebok cylinder dari 67mm ke 79mm.
Tetapi lain masalah pula timbul. Klac dan kekotak gear tidak dapat
memikul kuasa yang lebih ini dan BSA kemudiannya menurunkan nisbah
mampatan ke 7:1. Walaupun
dengan ini B40 mendapat sambutan dari ajensi ajensi kerajaan dan juga
tentera dan polis. Ini mungkin kerana B40 boleh berjalan tanpa sebarang
masalah sehari suntuk pada kelajuan 80 km/jam. Di negara kita, polis
tentera telah menggunakan B40 dalam tattoo mereka walaupun BSA telah
lama tutup kilang. Hari ini
jika anda perlukan alat-alat ganti, ianya masih boleh didapati.
19. SUZUKI
GT 750
Digelar sebagai Kerbau oleh beberapa
majalah GT 750 dikeluarkan dari tahun 1971 hingga 1977. Ia diasas dari
Suzuki T500 tetapi ditokok satu selinder lagi. Ia moto berat pada 550
lbs di mesin timbang tetapi berat terasa amat dihendel. Mengguna komboh
70 mm dan lejang 64 mm kapasiti sebenar adalah 739 cc sahaja. Gear
adalah 5 kelajuan dan eksos adalah 3 jadi 4. Ini dilakukan supaya
rupanya seimbang jika dipandang dari belakang. Model pertama ada kipas
untuk menyejukan radiator dan brek pula adalah jenis gegendang. Model
kemudiannya dilengkapi brek cakera. Penulis pernah masuk berlumba dengan
GT ini tetapi maklum ia bukan untuk lumba.
Di Lucas Loop ia melibas dan membuangkan penulis dan tangki
terpelanting hampir terkena Tan Keng Loke dari Singapura yang menunggang
CB750. GT 750 ini bukan moto lumba tetapi ia amat sesuai untuk
perjalanan jauh.
18.
SUZUKI COLLEDA 250
Dikeluarkan antara tahun 1954 hingga
keawal 60’an Colleda pada mulanya adalah jenama yang Suzuki guna untuk
motosikalnya tetapi kemudian diguna sebagai nama model sahaja. Suzuki
Colleda 250 adalah moto pertama yang terdapat logo ‘S’ pada tangki. Jika
kita kaji model model yang dikeluarkan Suzuki baik pada jenama atau
model, Colleda menunjukan perubahan reka bentuk motosikal secara amnya.
Reka bentuk beralih dari model seperti BSA Bantam sehinggalah model
70’an. Colleda 250 juga merupakan motosikal Suzuki pertama yang dibawa
sendiri oleh Goh Guan Hoe yang menjadi pengasas syarikat Suzuki Guan Hoe
yang juga merupakan pengimpot Suzuki bagi begitu lama di Malaysia dan
Singapura. Moto tersebut masih ada dan kini dipunyai oleh seorang
peminat moto di Melaka.
17. BSA
C15
Moto ini adalah motosikal 4 lejang BSA yang
pertama dikeluarkan secara unit iaitu enjin dan kekotak gear sekali. Ia di buat
antara 1958 dan 1967. Ketika itu moto ini menjadi pilihan remaja kerana ini
adalah moto yang terbesar yang sah ditunggang dengan lesen ‘L’. Ia juga diguna
secara meluasnya oleh kerajaan diserata Komenwel oleh pejabat pos, polis dan
juga tentera. Apabila motosikal 250 buatan Jepun mula dipasarkan, BSA C15
mengambil tempat duduk belakang. Walaupun tidak berkuasa macam motosikal Jepun
ianya masih dapat menjuarai Moto Cross Dunia pada tahun 1964 dan 1965 dengan
ditunggang oleh Jeff Smith. Moto C15 tersebut ditingkatkan kapasiti sehingga
500cc.
16.
NORTON
COMMANDO 750
Dipilih sebagai Juara motosikal 5
tahun berturut turut oleh pembaca
Motorcycle News, moto Norton
Commando merupakan motosikal 2 selinder terakhir dikeluarkan oleh
Norton. Mula dikeluarkan dalam tahun 1967 dan berterusan sehingga 1977
moto Norton Commando merupakan
moto idaman ramai peminat moto. Di negara kita cuma beberapa unit dibawa
masuk oleh orang persendirian jadi tidak banyak dapat dilihat tetapi di
Singapura versi polis Interpol diguna oleh polis trafik. Moto 2
selinder yang besar terkenal dengan gegaran dan Norton telah mengatasi
ini dengan mengasingkan kekotak gear, enjin dan ayunan belakang dengan
sistem Isolastic. Pada awal 70’an enjin dipertingkat dengan berkapasiti
850.
15. BSA
A10 GOLDEN
FLASH
Dalam abad
50’an Triumph Speed Twin dan BSA A10 mendominasi jualan motosikal di
kebanyakan negara dunia. Dibina dari 1949 BSA A10 adalah lanjutan dari
model A.7. Model asal A10 sedikit unik dibahagian penyerap hentakan
belakang. Pada kerangka rigid di pasang penyerap hentakan dan axle diposisi
ditengah tengah. Sebelum sistem lengan ampaian dicipta sistem plunger ini adalah yang paling baik. Moto
A10 juga dicipta dengan idea untuk menyenangkan pengguna dengan membuat
mudguard belakang boleh di naikkan seperti bonet kereta untuk
menyenangkan tayar belakang dibuka. Juga kekotak gear diikat pada enjin
dan susunan ini membuat rantai enjin berada dalam keadaan tegang lebih
lama.
14.
MARUSHO LILAC LS 18
Lilac adalah antara lebih dari 50 pengeluar motosikal selepas perang
dunia ke2 diJepun. Antara model mereka
adalah kembar V 125,250 dan 300 cc dan kembar leper 500cc. dan kesemuanya
dipancu dengan shaft. Tuan punya Masashi Ito berdepan dengan pasaran
tempatan yang padat dan melihat kepada Amerika untuk pasaran, tetapi dia tidak
bersedia dengan sepenuhnya. Walaupun mendapat sambutan dari penunggang
motosikal Ito berdepan dengan beberapa tindakan undang undang dari pengimpot
kerana gagal melaksanakan kontrak. Ito kemudian cuba membina kembali motosikalnya
tetapi tidak berjaya dan mengalih haluan dengan menjadi pembekal alat ganti
untuk Honda. Ito meninggal dunia beberapa tahun lepas.
13. MOTO
GUZZI
LEMANS
Ada peminat berpendapat bahawa
LeMans 850 adalah yang terbaik dari Moto Guzzi tetapi penulis ini
memohon untuk berbeza pendapat yang moto terbaik dari Moto Guzzi adalah
LeMans 1000. Menjadi pemilik LeMans 1000 lebih dari 20 tahun, LeMans1000
adalah moto yang tahan lasak, senang dikendalikan dan mudah menjaganya.
Ia dengan senang dapat mengikuti superbike masa kini kecuali jika dijalan
lurus. Itupun LeMans akan memotong kembali bila superbike tersebut
berhenti untuk isi minyak kerana Leman jimat minyak. Tidak perlu
memasang aksesori tambahan kerana alat alat yang perlu sudah siap
dipasang terus dari kilang seperti eksoz Lancafroni, rim Campagnolo,
brek Brembo dan
Dell Ortos.
Menunggang
LeMans 1000 menyeronokan. Kendalian adalah baik kecuali jika berhenti
di lampu merah moto goyang ke kiri dan ke kanan sedikit seperti BMW siri
R. Tetapi kebaikannya pula adalah anda sedar bahawa enjin masih hidup
bukan macam moto empat selinder yang langsung tiada gegaran. Di lampu
merah asyik melihat rev
counter nak pastikan enjin
tidak mati.
12.
HONDA
CB 750 K.1
Honda
CB 750 yang pertama di Malaysia dimiliki oleh Rennie Khoo yang
kemudiannya berlumba dengan moto ini di acara produksi. Moto CB 750
walaupun hanya standard ia mengejutkan beberapa penunggang
yang menunggang moto lumba seperti TR 500 dan TZ 350. Rennie kemudian meningkatkan
prestasi moto CB dengan alat ganti Yoshimura dan kali ini di dapati
bersaing di acara terbuka.
Pemilik Yoshimura di Jepun tertarik dengan minat Rennie dan melawa
Rennie untuk mengambil bahagian di Suzuka Endurance bawah tajaan
Yoshimura sendiri. Walaupun tidak dapat mengakhiri perlumbaan (rakan
pasukan terjatuh) Rennie merupakan penunggang pertama dari Malaysia yang
mengambil bahagian di Suzuka 8 Hours Endurance. Moto CB 750 merupakan
moto besar pertama dari kilang Jepun dan ketika itu harganya pun
tidaklah begitu mahal. Walaupun dijual pada harga kurang dari RM6000 ia
tidak dapat memikat peminat Malaysia ketika itu (1974).
11. KAWASAKI Z1B 903
Sebelum
dilancar Kawasaki Z1 telah melalui hampir setahun ujian dengan menyamar
seagai Honda CB 750 dan ramai yang tidak sedar.
Apabila dilancar ramai yang terkejut dengan moto terbesar dari Jepun
dengan kapasiti 903 cc. Bukan mereka tidak percaya atas keupayaan
Kawasaki tetapi tidak menyangka kapasiti yang hampir 1000cc. Z1 menjadi pilihan ramai dengan
begitu pantas. Di Malaysia
pengedar Med-Bumi-Kar Mara membawa sebuah moto ke semua negeri untuk
dipamerkan tetapi walaupun sambutan di pameran hangat angka jualan tidak
memberangsangkan. Enjin Z1
tahan lasak dan boleh dibawa berlumba begitu sahaja tanpa membuat
sebarang ubah suai. Penulis ini
berkesempatan melumba moto ini di Malaysia Grand prix 1976 dan kalah
tipis kepada Tham Bing Kwan yang juga menunggang Z1.
Itu dia posisi 20 ke 11. Untuk
mengetahui kedudukan selanjutnya selalulah melayari laman sesawang Dr.
Moto. Siri terakhir akan
menyenaraikan posisi dari 10-1.